Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARI YANG MENGHANTUI FIKIRAN SEORANG PM

22/09/11

30 September, Tarikh NAJIB Bakal DIKUBURKAN ?


30 September adalah hari yang perlu ditandakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan penasihat beliau pada kalendar mereka. Ia adalah hari dimana peguam Perancis akan memberi maklumat terkini mengenai kes rasuah Scorpenes yang melibatkan pembuat kapal DCN, Najib, rakan rapatnya Baginda Razak dan penterjemah Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Cynthia Gabriel, Pengarah Suaram, mengesahkan tarikh tersebut sambil menambah bahawa peguam Perancis, Joseph Breham akan mengetuai pembentangan yang dibuat pada majlis makan malam pengumpulan dana di London.

"Ada dua sebab mengapa London telah dipilih. Pertama untuk 'menyentuh' warga Malaysia di sana dan kami juga perlu mendapatkan lebih banyak dana untuk membayar kos perbelanjaan undang-undang yang akan meningkat dengan cepat sebaik saja perbicaraan mahkamah terbuka ini bermula. Yang kedua sudah tentu faktor keselamatan. Selepas Bourdon dihantar pulang dari Kuala Lumpur, siapa yang berani untuk datang ke sini. Selagi Najib adalah PM, ini adalah wilayahnya, kubunya" satu sumber Suaram memaklumkan kepada Malaysia Chronicle.

Suaram adalah NGO Malaysia yang memfailkan aduan di mahkamah Paris, memohon menyiasat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak untuk menjamin perjanjian pembelian RM7.3 bilion kapal selam. NGO mendakwa harga tinggi yang dikenakan itu telah dibayar menggunakan wang rakyat Malaysia, dan paling utama di dalam perjanjian yang diragui di dalam pakej itu ialah pengambilalihan perkhidmatan RM570 juta atau 114 juta euro dan kontrak sokongan yang diberikan kepada firma bernama Perimekar, yang dikawal oleh Baginda.


Sebelum ini seorang lagi peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, William Bourdon, telah dihantar pulang apabila dia datang ke Malaysia untuk memberi pembentangan dalam tiga acara makan malam pada bulan Julai lalu. Beberapa jam sebelum pembentangan kedua, iaitu pada hari yang sama Najib telah bergegas kembali ke Malaysia selepas memendekan masa bercutinya ke luar negara, Bourdon telah dihantar kembali ke Paris.

Ia dipercayai ada kaitan dengan ucapan peguam ini tentang misteri 'orang ketiga' yang telah terbang bersama dengan Baginda dan Altantuya ke Macau semasa perjanjian dengan DCN. Secara meluas disyaki bahawa 'orang ketiga' ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, dan apabila bukti dokumentasi seperti tiket penerbangan dan tempahan dikeluarkan, kejatuhan Najib dari kuasa akan pasti. Dia telah mengangkat Al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, jadi jika ada apa-apa percanggahan dengan sumpahnya ini, dia wajib meletakkan jawatannya sebagaimana pemimpin negara yang beragama Islam.

Selain dari komisen rasuah yang diterima dari DCN, Najib dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan Altantuya sebelum memperkenalkannya kepada Baginda, yang juga kemudian menjadi kekasihnya. Empat tahun selepas perjanjian itu dibatalkan, Altantuya telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, selepas cuba untuk mendapatkan bahagian komisyennya dari Razak Baginda. Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman gantung di atas kematian Altantuya.

Baginda yang juga dituduh bersubahat dengan pembunuhan secara kontroversi telah dibebaskan. Disamping banyaknya penemuan dan jejak yang akhirnya menjurus kepada Najib, yang telah membenarkan pembelian kapal selam dalam kapasitinya ketika itu sebagai Menteri Pertahanan, tangan yang berkuasa telah memanipulasi mahkamah Malaysia untuk menolak sebarang keterangan yang boleh 'merosakkan' Najib, dan dengan itu membantunya untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri pada 2009. - pd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.