Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAHANAM WANG RAKYAT !

Sunday, September 18, 2011

PANAS!! Kapal Selam ketiga Malaysia sudah Mari

Kapal Selam ketiga kebanggaan negara, KD Pari.

Kita pernah digemparkan dengan isu salah sebuah Kapal Selam milik TLDM dilaporkan gagal menyelam, ada pihak yang mengatakan hingga kini Kapal Selam terbaru milik negara itu lebih banyak meluangkan masa di dockyard dari berada di dalam lautan..


Kini kita tidak perlu khuatir jika Kapal Selam milik negara kerana kita mempunyai Kapal yang dikelaskan sebagai “Fast Attack Craft-Gun” juga mampu menyelam.

Kapal tersebut yang baru selesai menjalani kerja-kerja pembaik pulihan pada tahun 2009 yang menelan belanja sekitar RM12 Juta dilaporkan telah cuba untuk menyelam di di jeti Pulau Layang-layang.

Pegawai Pemerintah ALD 2 sila jawab! Mengapa kapal Perang ini bertukar menjadi Kapal Selam adakah proses baik pulih yang menelan belanja RM12 Juta itu termasuk dengan kos mengubah suai Kapal Perang ini supaya boleh menyelam juga?


Kapal peronda TLDM hampir tenggelam di perairan Sabah
18/09/2011 7:32pm

KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.