Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEPAS GAJI MINIMUM MAKA BARANG KEPERLUAN HARIANPUN NAIK !

Gaji minimum: Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Negara esok

September 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan baru-baru ini, yang diselubungi kontroversi Julai lalu, akan mengadakan mesyuarat pertama di Putrajaya esok — pertemuan awal yang akan membincangkan penetapan gaji minimum bagi pekerja negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat akan dimulakan selepas pelantikan secara rasmi dan penyerahan surat pelantikan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam esok.

Meskipun pentadbiran Najib meletakkan sasaran untuk melaksanakan gaji minimum awal tahun depan, sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13, tetapi sumber industri percaya usaha itu akan mengambil masa beberapa bulan.

Majlis itu akan mengesyorkan kepada kerajaan tentang kadar dan tarikh pelaksanaan gaji minimum. Kerajaan boleh meminta majlis tersebut meneruskan kajian jika cadangan awal tidak dipersetujui dan tidak diterima.

“Selepas majlis penyerahan surat pelantikan termasuk pelantikan masing-masing seorang lagi wakil pihak MTUC dan MEF, kami akan mengadakan perbincangan pertama esok,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider .

Julai lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bersatu suara menggesa Putrajaya mengkaji semula rang undang-undang berkaitan gaji minimum yang baru diluluskan oleh Parlimen.

Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, yang membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum dan Putrajaya memberi jaminan akan dilaksanakan akhir tahun ini, telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi Parlimen lalu.

MTUC melahirkan rasa tidak puas hati ekoran tiga perkara manakala MEF pula menggariskan dua aspek penting.

MTUC dan MEF juga tidak bersetuju dengan jumlah keanggotaan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara yang menampakkan seolah-olah wakil pekerja dan majikan adalah “golongan minoriti” dalam membuat keputusan sedangkan ia berkaitan dengan majikan-pekerja.

Daripada 29 anggota majlis wakil pekerja dan majikan masing-masing mempunyai lima orang, malah mereka tidak semestinya mewakili MTUC dan MEF.

Sebaliknya mereka boleh dilantik daripada kalangan mana-mana kumpulan pekerja dan majikan, bukannya suara entiti seperti MEF.

Berdasarkan akta itu, majlis itu terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan masing-masing lima wakil kalangan pegawai awam, pekerja, majikan dan sekurang-kurangnya lima anggota lain.

Pengerusinya merupakan seorang yang bukan pegawai awam, majikan atau anggota mana-mana kesatuan sekerja.

MTUC pula berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kongres itu hanya boleh mengesyorkan dua nama wakil mereka sedangkan ada lima wakil pekerja dalam majlis tersebut. “Sebahagian isu yang dibangkitkan itu telah selesai,” kata sumber itu lagi.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Menteri Sumber Manusia telah bersetuju agar kedua-dua MTUC dan MEF diberi satu wakil tambahan dan keperluan seterusnya akan diputuskan kemudian.

“Setakat ini kami dapat seorang lagi wakil. Bermakna MTUC dan MEF akan ada enam wakil dalam majlis ini.

“Dan, menteri menjanjikan bahawa akan menambah wakil, di mana kami minta tambahan dua wakil lagi, dengan mengambil kira keperluan selepas ini,” kata sumber itu.

Mengulas lanjut pertemuan esok, sumber itu berkata, pertemuan esok tidak akan membuat atau mencapai kata muktamad mengenai kadar gaji minimum esok.

“Sebaliknya kami akan melihat terma rujukan, data-data yang ada mengenai gaji di negara dan wilayah, dan maklumat sokongan lain bagi memulakan perbincangan susulan ke arah menetapkan gaji minimum,” katanya.

“Jadi, ia akan mengambil masa, beberapa bulan sebelum boleh membuat keputusan tentang satu kadar gaji minimum,” katanya sambil berkata, “tiada tempoh formal ditetapkan untuk pelaksanaan gaji minimum.”

Sebelum ini MTUC juga tidak bersetuju dengan tarikh pelaksanaan gaji minimum yang akan dilaksanakan berdasarkan budi bicara kerajaan mengikut sektor, wilayah dan pekerjaan.

MTUC mahu dasar gaji minimum kebangsaan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Badan induk kesatuan sekerja itu mahukan gaji minimum nasional RM900 sebulan manakala Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) perlu setuju dengan kadar RM700 sebulan.

MEF menegaskan pihaknya berpendapat bahawa gaji minimum boleh membawa kesan negatif, antara kadar pengangguran yang tinggi.

Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 membolehkan sebuah badan bebas Majlis Perundingan Gaji Negara ditubuhkan.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, majlis itu berfungsi untuk mengkaji dan menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara kerajaan, pekerja dan majikan.

“Majlis ini akan dibantu oleh kumpulan profesional dalam Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada pakar ekonomi, statistik dan sosial,” katanya.

Beliau berkata, menurut rang undang-undang itu, majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.