Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MESTI REBUT !


13 September 2011

Komponen BN - Umno, Gerakan, MCA, MIC dan PPP berebut kerusi



Semua komponen BN berada dalam keadaan serba salah dalam usaha untuk menentukan kerusi yang bakal ditandingi. Ini kerana kerusi-kerusi campuran khasnya yang mempunyai pengundi Cina melebihi 45 % dilihat amat sukar untuk dimenangi BN walau sesiapa pun yang bertanding.

Oleh kerana itu parti-parti berebut kerusi yang selamat untuk ditandingi oleh calon-calon masing. Bayangkan Presiden parti-parti komponen selain Umno sendiri tidak tahu kerusi mana yang boleh memberikan kemenangan kepada mereka. Kerusi-kerusi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumput contohnya sudah tentu menjadi mimpi ngeri kepada mereka. Begitu juga kerusi-kerusi di bandar seperti Ipoh sudah tentu tidak berani ditandingi oleh Presiden parti-parti komponen ini.

Sehingga kini mereka masih lagi gagal untuk memutuskan siapa bertanding dan kerusi mana yang akan ditandingi lantaran masing-masing mencari kerusi yang agak selamat. Presiden MCA sudah tentu mencari kerusi selamat di Johor. Namun Presiden Gerakan berada dalam keadaan yang amat kritikal kerana ahli-ahli partinya sendiri tidak mahu beliau bertanding. Hendak mencuba nasib di Pulau Pinang sudah tentu mencari nahas .....

Bagi Presiden MIC pula mungkin beliau terpaksa mencuba nasib di kerusi di mana berkuburnya Presiden terdahulu iaitu Samy Vellu. Sg Siput dilihat bukan lagi kerusi selamat bagi MIC lebih-lebih lagi parti-parti lain juga mengintai kerusi tersebut.

Bagi Presiden PPP pula lebih malang ....kemungkinan tiada kerusi parlimen diberikan kepadanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.