Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINDA PERKASA SEPERTI KAUM JAHILIYAH ! ELOKLAH JADI KATAK

 

Perkasa tolak jika undang-undang baru tiada ‘semangat’ ISA

TERKINI @ 07:21:57 PM 18-09-2011
September 18, 2011
 
KUALA LUMPUR, Sept 18 – Perkasa akan menolak undang-undang antikeganasan yang disyorkan oleh pentadbiran Najib jika ia tidak mengekalkan semangat pencegahan yang ada dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata kerajaan perlu mengekalkan aspek-aspek berkaitan pencegahan dalam ISA bagi memastikan pihak berkuasa ada peruntukan dan instrumen secukupnya bagi menangani aktiviti-aktiviti subversif dan menjaga keselamatan negara.

Ketua pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu ini berkata, tindakan menghina Islam dan kritikan ke atas Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah antara aktiviti yang boleh mencabar kestabilan dan keselamatan rakyat.

“Kami tahu siapa yang melakukannya tetapi sukar untuk membuktikan di mahkamah. “Tetapi (pasukan) keselamatan tahu siapa yang bertanggungjawab,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas membincangkan pendirian yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu.

Kata Ibrahim, tahanan pencegahan amat penting sebelum sesuatu yang buruk berlaku dan untuk pihak keselamatan membuat siasatan tetapi dalam tempoh masa tidak terlalu lama seperti 60 hari sebagaimana diperuntukkan dalam ISA.

“Sesuatu kes yang dibawa ke mahkamah adalah kejadian yang sudah berlaku untuk ditentukan oleh seorang hakim dan ini pula mengambil masa yang panjang.

“Tidak mudah untuk membuktikan di mahkamah kesalahan seseorang di mahkamah tanpa bukti 'beyond reasonable doubt' dan 'ring leader' selalunya licik, cekap dan menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya. Ini yang dikatakan sediakan payung sebelum hujan,” kata Ibrahim.

Ibrahim berkata kerajaan tidak harus berkompromi apabila merangka undang-undang baru kerana pembangunan dan kemajuan Malaysia bergantung pada tahap keselamatan yang terpelihara.

Oleh itu katanya, ISA merupakan salah satu undang-undang efektif bagi memastikan keamanan negara.

Beliau menggesa kerajan membincangkan undang-undang baru dengan pihak-pihak berkepentingan khususnya polis sebelum dikuatkuasakan.

“Saya berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada sentimen politik mana-mana pihak apabila menggubal undang-undang yang baru ini . . . apa yang penting ialah rakyat sendiri harus memutuskan soal keselamatan mereka. Ini hak rakyat,” katanya lagi.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam waktu terdekat.

Pada masa yang sama Ibrahim berkata beliau menyokong langkah memansuhkan deklarasi-deklarasi darurat, gesaan agar Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.