Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNAFIK HINA HUDUD, BIBAKAR DI NERAKA YANG PALING BAWAH DARI NERAKA ORANG KAFIR

TANGGUNG LA KOME ! LAWANLAH TUHAN !

ORANG MELAYU APABILA SEMBAHYANG MEREKA MENGAKU LILLAHI TA'ALA, BILA SEBUT PASAL HUDUD MEREKA TENTANG DAN MEREKA HINA, DIMANA LILLAHI TA'ALA ? BILA BACA DO'A IFTITAH SEBUT JUGA SEGALA-GALA IKRAR UNTUK PATUH TIDAK SYIRIK,  SEMUA MENGAKU DAN BERIKRAR,  BILA LUAR SEMBAHYANG TENTANG HUKUM ALLAH, DIMANA LILLAHI TA'ALA ?  BILA BACA AL-FATIHAH BACA IYYAKA NA'ABUDU WA IYYAKANAS TAI'EN TAPI LUAR SEMBAHYANG TAK MAHU BERJAMA'AH CARA ISLAM, BUKANKAH ITU DINAMAKAN MUNAFIK BESAR ! DALAM SEMBAHYANG PATUH PADA ALLAH DILUAR SEMBAHYANG LAWAN HUKUM ALLAH, JADI HAIWAN LAGI BAIK !

Monday, September 26, 2011


Hina Hudud: Pemuda PAS Melaka selar Utusan

Karikatur akhbar Utusan yang menghina hudud.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.


Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .


Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadi sebutan ramai pihak akhir-akhir ini. 


Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar) berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."


Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah." 


Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal. 


"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi


Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Benar!!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.