Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ASET KEWANGAN BESAR TAPI UNDANG-UNDANG ISLAN DAMIT WAT APA ?

Aset kewangan Islam dijangka cecah A$4 trilion

December 03, 2011
 
PUTRAJAYA, 3 Feb Nilai aset kewangan Islam global, yang berkembang pesat pada masa ini, dijangka mencecah AS$4 trilion berbanding nilai semasa sebanyak AS$1.2 trilion.

Pengerusi Jawatankuasa Pengharmonian Undang-Undang Bank Negara Malaysia Tun Abdul Hamid Mohamad berkata institusi kewangan Islam juga telah meningkat iaitu melebihi 600 buah di 75 negara di dunia.

“Dari semua sudut, Malaysia berada di hadapan dalam kewangan Islam. Pasaran modal Islam telah menyumbang begitu ketara terhadap keseluruhan pasaran modal di negara ini.

“Sehingga akhir tahun 2010, jumlah pasaran modal Islam negara ini mencecah RM1.05 trilion atau kira-kira 52 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran modal negara berbanding RM294 bilion pada tahun 2000,” katanya ketika berucap pada Istiadat Pemasyuran Canselor, pada Majlis Konvokesyen kesembilan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

Abdul Hamid berkata aset perbankan Islam telah mencapai RM389.3 bilion iaitu 21.6 peratus daripada jumlah aset perbankan di Malaysia, manakala pembiayaan (deposit) berjumlah RM296.8 bilion atau 22.79 peratus daripada jumlah keseluruhan deposit di Malaysia.

Dipetik Bernama Onlinea, Abdul Hamid berkata pembiayaan Islam yang berjumlah RM240.6 bilion merupakan 23.08 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman di Malaysia.

“Perkembangan ini telah membawa kesan-kesan sampingan termasuk kewujudan pakar kewangan Islam, merapatkan hubungan antara undang-undang sivil dengan Syariah dan pakar undang-undang sivil dengan pakar-pakar Syariah,” katanya.

Beliau berkata Syariah digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu berlandaskan syariah manakala undang-undang sivil dipakai dalam pelaksanaan, dokumentasi dan penyelesaian perbalahan, dan saling lengkap-melengkapi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.