Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

P A N A S !!!

 AIIIK BONG ! KAMU NGIGAU KA ! KATAK UMNO RAMAI URANG PAS SUDAH MASUK UMNO, YANG TINGGAL DALAM PAS NIK AZIZ SAMA HADI AWANG SAJAK ! HA, HA, HA,

AGM: Ahli MT mahu PAS terus bincang kerjasama politik dengan Umno

TERKINI @ 07:06:59 PM 03-12-2011
December 03, 2011
 
KUALA LUMPUR, 3 DisSeorang ahli Majlis Tertinggi Umno hari ini menggesa PAS agar meneruskan perbincangan kerjasama politik dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu atas alasan ia penting bagi kelangsungan hak-hak orang Melayu pada masa depan.

Datuk Bung Moktar Radin (gambar) berkata Umno sentiasa mahu mengadakan perbincangan mana-mana parti bagi mencari jalan bagi melindungi hak dan istimewa orang Melayu atas alasan DAP mempamerkan ancaman ke atas masa depan orang Melayu.

Seperti ramai perwakilan Umno pada perhimpunan agung tahunan kali ini, Bung Moktar mendakwa DAP mempersoalkan hak kaum dan agama orang Melayu.

“Kami (Umno) fleksibel, pragmatik. Adalah baik bagi PAS untuk membincangkan masa depan kaum kita,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

“Kami sentiasa terbuka, untuk mengambil mana-mana parti dan bekerjasama untuk meredakan keadaan, kami tidak mahu masalah ini. Kami tidak mahu negara ini menderita,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata DAP harus berhenti daripada mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan kedudukan Islam kerana “orang Melayu merasakan bahawa ini adalah ‘Tanah Melayu’ dan oleh itu mereka mesti respons (kepada DAP).”

“Ini adalah Malaysia, kita kena hormati Perlembagaan,” tambah Bung Moktar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.