Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZIZ BARI MENYERTAI PKR


06 December 2011


Aziz Bari MASUK POLITIK SERTAI PKR?



Ada pihak meramalkan Professor Dr Abdul Aziz Bari akan meletakkan jawatannya di UIA dan menyertai Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR) tidak lama lagi. Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Aziz yang sejak akhir-akhir ini semakin akrab dengan PKR dan PAS. Beliau yang memang sudah lama berani menyertai program-program anjuran PR dilihat tidak kekok jika mahu menyertai politik.

Beliau yang sememangnya dilihat lebih banyak menyokong PR tidak menghadapi masalah untuk menggabungkan  diri dengan mana-mana parti dalam PR samada PKR, PAS malah DAP. Pandangan dan kritikan pedas beliau kepada kerajaan menyebabkan beliau sudah 3 kali mendapat surat amaran dari UIA. Terakhir beliau telah digantung dari tugasnya di UIA.


Sementara itu Malaysiainsider hari ini melaporkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi berkata segala keputusan dan tindakan hasil siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari diserahkan kepada pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) untuk menentukannya.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, kementeriannya tidak terlibat dalam membuat keputusan dan tindakan terhadapnya pensyarah fakulti undang-undang itu.
“Kementerian tidak terlibat dengan sebarang tindakan termasuk siasatan terhadap Aziz Bari, perkara itu saya serahkan kepada pihak pengurusan UIA untuk membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media pelancaran Program Latihan Industri Graduan Berimpak Tinggi (HEIGIP) di pejabatnya di sini.
Menurut Khalid lagi, hanya UIA yang berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap Aziz.
“Biar UIA yang putuskan perkara itu,” katanya lagi.
Laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut pentadbiran universiti itu  meletakkan segala keputusan kepada Aziz jika mahu meninggalkan pusat pengajian tinggi itu.
Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti dan juga  polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, termasuk siasatan atas dakwaan  mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu Jais dan gereja  baru-baru ini.
Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata: “Keputusan itu hanya Aziz yang berhak menjawabnya.”
“Itu semua terpulang kepadanya,” katanya ketika ditanya berkenaan perkara itu.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara itu, sebaliknya menyerahkannya kepada rektor untuk memberikan kenyataan.
“Saya tiada maklumat tentang perkara itu, mungkin boleh dirujuk kepada Rektor UIA,” katanya.
Kelmarin, Aziz tidak menafikan akan meninggalkan UIA awal tahun depan ekoran beberapa siri tekanan yang dikenakan ke atasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.