Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERITA PECAH KERANA RAMAI YANG AKAN MENYERTAI PKR DAN PAS

PAS: Umno makin gelisah, sanggup guna akuijanji bai’ah

December 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Dis - PAS negeri Perak mendakwa Umno kini mengakui parti tersebut perlu mengguna pakai satu ikatan ‘akujanji’ bagi semua calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 bagi menghalang kemungkinan perbuatan mengkhianati parti sendiri.

Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai’ah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.

Mukhriz, Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir kelmarin.

Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, walaupun ia nampak seolah-olah sama dengan apa yang PAS telah lakukan bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti agar tidak bertindak khianat setelah menang kelak.

"Perkara menarik yang ingin kami rungkaikan di sini ialah pandangan dan keinsafan Umno bahawa pengkhianatan bagi semua ahli dan calon mereka adalah satu kesalahan besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahamd menambah, pemimpin-pemimpin Umno kini menganggap kesalahan tidak bermoral tersebut adalah satu petanda buruk bagi Umno jika ia akan berlaku kelak.

"Sedar atau tidak, Umno pernah ada seorang yang pernah keluar parti iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota, Perak, Datuk Nasarudin Hashim pada 2009.

"Tetapi akhirnya, Datuk Nasarudin telah kembali kepada Umno tanpa ada satu hukuman terhadapnya. Dalam nada mendesak agar kepimpinan Umno untuk meletakkan satu akujanji kepada semua calonnya, tetapi dalam masa yang sama Umno boleh pula menerima pengkhianatan dalam parti yang lain untuk bersama mereka," kata beliau sambil menambah, "apa yang berlaku di Perak dahulu, jelas terbukti Umno boleh menerima orang yang telah khianat kepada parti mereka untuk bersama Umno."

Justeru kata beliau, "kami berharap agar Umno sedar dan insaf kerana kerajaan yang mereka bentuk sekarang adalah berasaskan jenis pengkhianatan yang sama dengan didokong oleh mereka yang pernah berjanji setia kepada parti tetapi akhirnya telah belot dan bersama dengan Umno."

"Umno sanggup menerima mereka yang tiada moral dan setia kepada parti masing-masing dan tidak mustahil mereka ini boleh juga sekali lagi mengkhianati Umno pada bila-bila masa sahaja," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.