Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JKPP BERANI KE LAWAN ISA SAMAD ?

Felda bakal hancur :JKPP kecewa keceluparan Isa Samad
Posted on Sunday, December 04 @ 17:00:00 PST by paktam

Oleh MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN 
 
Kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam satu majlis di Kuala Pilah yang menghina Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Shhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSdb02IXQRNVS8BzylqKAaJ-6hITLpCJl9kiSpgEiuhYRZGqjuNbsgG5rRiBAqWdtR7-L85gIAoSMC0SAwuwZZdZm6T_loG0YpG2Gyu3rAHBg7dYhX_q2cOAgmRDYt6Lj3kl_ZYUnH749W/s1600/isa+samad.jpgamsuddin Othman, dilihat sebagai menghasut peneroka membenci beliau dan tidak menghormati dirinya selaku ketua peneroka dan seluruh pimpinan JKPP.



Othman berkata sebagai Pengerusi Felda yang mempunyai pengalaman yang luas pernah menjawat Menteri Wilayah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak seharusnyhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjieEu-ghh7xdF-RrXi3w9y8q2PZ1Ke2J1vpupwoTnay-bupTINZJJIE_7iejdrNChJpnbGpi8eEmLiBqgxHqDHEOmexKXak_y1Yic3QdiUfeiWYGFuO_22C1g3zIaF8Bw8roQsGFUcaTxn/s200/Shamsudin.bmpa mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
 
“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti nak melempang, munafik, nak takir (ketuk) kepala saya. Saya rasa ini perkataan hanya dikeluarkan oleh budak-budak sahaja.

“Pada saya ucapan yang dikeluarkan (Isa) adalah menggambarkan pemimpin yang tidak matang yang nak memimpin masyarakat peneroka,” tegasnya.

Selama ini katanya, pemimpin peneroka sentiasa dihormati oleh kerajaan mahupun pemimpin kerajaan atau Felda itu sendiri.

Namun jelasnya, apa yang dilakukan oleh Isa adalah sebaliknya dan ini adalah sejarah dan kejadian pertama pengerusi Felda mengutuk pemimpin tertinggi peneroka.

Setakat ini kata Shamsudin, Pengerusi Felda itu tidak menghubunginya untuk meminta maaf.
Beliau telah berbincang dengan JKPP bagi melantik peguam dan memberi notis 14 hari kepada Isa untuk menarik balik kenyataan yang dibuat beserta permohonan maaf secara terbuka.

“Oleh kerana ucapan itu dilakukan secara terbuka, kita minta dia juga mohon maaf secara terbuka dan kenyataan itu hendaklah disiarkan di dalam akhbar.

“Jika tidak, kita mungkin akan mengambil tindakan undangundang,” katanya.
Shamsudin berkata, selama ini masyarakat peneroka berada di dalam keadaan aman damai tetapi sekarang berlaku kekalutan dalam masyarakatnya.

Beliau turut menjelaskan, isu pajakan tanah berjumlah RM500 kepada Felda Global Ventures.
“Dalam petikan ucapannya dia (Isa) menyentuh saya menyebut tentang RM500 juta tetapi mengapa ia tidak menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak ramai. Ucapan dia (Isa) dibuat di Kuala Pilah dalam sesi jelajah penerangan kepada pemimpin peneroka,” jelasnya.

Oleh kerana, Isa berucap secara terbuka, Shamsudin merasakan ia adalah satu tamparan hebat kepada dirinya. Oleh itu, beliau bimbang terhadap pajakan tanah perladangan seluas 360,000 hektar kepada Felda Global Ventures berjumlah RM500 juta.

Menurutnya, ini kerana dalam satu mesyuarat lembaga pengarah Felda yang lalu berhubung perkara itu, jelas menunjukkan selepas daripada ini Felda hanya menerima pendapatan sebanyak RM508 juta sahaja.

“Inilah yang saya ceritakan kepada masyarakat yang bertanya kepada saya, sedangkan Felda selama ini menerima pendapatan daripada pelaburan dalam anak syarikat berjumlah 49 peratus dan pendapatan Felda Plantation dianggarkan berjumlah RM2 bilion,” katanya.

Daripada pendapatan inilah kata Shamsudin, RM500 juta bagi perbelanjaan pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka.

Tetapi selepas daripada perjanjian pajakan antara Felda dan Felda Global Ventures katanya, menjadikan Felda dibayar RM251 juta setahun empat kali bayaran.

Perkongsian hasil ladang itu ujar beliau, 15 peratus keuntungan akan diserah kepada Felda dianggarkan RM253 juta.

“Saya bertanya di dalam mesyuarat lembaga pengarah itu, sekarang ini dan selamanya, Felda berbelanja lebih kurang RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka dan ini dilihat daripada hasil Felda itu sendiri.

“Hari ini Felda menghadapi kekurangan pendapatan sebanyak RM1.4 bilion dan kalau hanya dibayar hanya RM508 juta kepada Felda bagaimana ia nak menyumbang bakti berterusan kepada peneroka?

“Ini yang menjadi persoalan kepada kami di JKPP dan sekiranya Felda tidak dapat membantu masyarakat peneroka, saya rasa penuh yakin mereka akan mengorak langkah meninggalkan Felda.

“Jika perkara ini berlaku perpaduan dalam masyarakat peneroka akan hancur,” ujarnya.
Shamsuddin berkata, apabila ditanya kepada Pengerusi Felda bagaimana Felda akan mendapat RM1.4 bilion secara bersahaja beliau menjawab kerajaan yang akan support.

Persoalannya kata beliau, adakah benar kerajaan akan memberi bantuan kepada Felda sebanyak RM1.4 bilion?

Selama ini katanya, sejak 1996 Felda tidak lagi menerima walaupun satu sen daripada kerajaan kerana ia berbelanja atas hasil ladang dan pelaburan.

Sekarang ini, tegas beliau, JKPP mahu memastikan biarlah ada satu jaminan daripada kerajaan untuk membantu Felda.

JKPP katanya, merasa penuh yakin dan percaya jika perkara ini benar-benar dilakukan, Felda tidak akan dapat meneruskan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat peneroka.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media JKPP dan GPW tidak teragak-agak menyaman Felda bagi menghalangnya daripada memajakkan tanah kepada Felda Global Venture.

Menurut kenyataan itu, ia bertujuan bagi memastikan perjanjian pajakan itu tidak merugikan peneroka yang sekarang ini menggunakan tanah bersama generasi baru serta tidak dimasukkan di dalam surat pajakan itu.

Selain itu JKPP memandang serius percubaan memajak tanah perladangan seluas 360,000 hektar itu dengan syarat tidak munasabah dan dengan jumlah harga pajakan RM500 juta yang dianggap rendah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.