Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUNGA-BUNGA LAGI SATU 13 MAY

06 Disember, 2011

Najib Sokong Kumpulan Samseng?

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan

Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
"Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang? "Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

“Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” soalnya semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Walaupun Najib tidak menamakan pilihan itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.


"Walaupun belum lagi berkuasa, mereka sudah mahu mengurangkan perkhidmatan awam menjadi separuh ... mereka mahu mengubah bendera Malaysia, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu," katanya.


Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.


"Orang bukan Melayu tidak perlu cuit perasaan orang Melayu. Jangan cuba ubah apa yang telah diputuskan dan dipersetujui," katanya.
 
PAK KARAMU:
 
Rakyat boleh baca hala tuju setiap ucapan yang diucapkan oleh pimpinan negara, ia tidak menjadi rahsia lagi kepada umum, ucapan ini sama ada bersifat menggertak ataupun suatu yang telah dirancang itu tidak penting, apa yang penting ialah ucapan itu sudah cukup untuk setiap individu atau mana-mana kumpulan untuk bersiap sedia
 
Kumpulan silat sudah memberikan isyarat menyokong, Perkasa demikian juga, yang terbaru ialah Pekida, semua kumpulan ini telah dimaklumi oleh rakyat tentang dasar perjuangan mereka sekalipun hala tuju kumpulan mereka pada dasarnya berfaedah bagi rakyat namun apabila ada yang berkepentingan yang mahu menggunakan tenaga mereka maka ia akan menjadi sangat lain dan boleh mencemaskan
 
Bagi kumpulan yang mahu menggunkan kumpulan-kumpulan ini pasti ada motif yang berfaedah bagi mereka sedangkan kumpulan yang diperalatkan ini kemungkinannya ada yang faham atau disebaliknya, walau apapun kesemua niat adalah berpunca dari POLITIK yang goyah dari kumpulah yang sudah tidak dipercayai oleh rakyat dengan sebab-sebab tertentu, umpamanya sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat, mungkin juga disebabkan rasuah yang sudah tidak terbendung dan mungkin juga kerana berfahaman khurafat
 
Jika kita teliti kenyataan setiap pemimpin negara buat masa muta akhir ini menjurus kepada amaran dan gertakan yang agak serius, sementara rakyat pula tentunya faham apa yang mereka maksudkan, tidak mustahil dari ucapan mereka itu akan membuatkan rakyat akan bersiap sedia apa yang mereka fikir perlu untuk disediakan, cuama butang belum lagi ditekan untuk memulakannya
 
Sudah ada suara-suara yang sumbang yang mengatakan " selagi tidak bergaduh maka selagi itulah melayu tidak akan bersatu" ini bererti bayang 13 May itu sudah tidak lagi dapat dibendung dan dipertahankan ? Di Parlimen sendiri sudah ada bayangan tuduhan yang membawa kepada peristiwa  hitam ini dibangkitkan oleh wakil BN terhadap DAP namun kenyataan ini tidak pula dianggap sebagai suatu kenyataan yang sangat bahaya terhadap umum, mungkin kenyataan ini hanya berlaku di dalam Parlimen akan tetapi rakyat tentunya faham apa yang berlaku di dala Parlimen mungkin akan berlaku diluar Parlimen


 
 

4 orang berkata:

Ngah Phg asal Melaka said...

Salam kpd kwn2 Pekida, tinggalkan Umno tersebut kerana bnyk sgt kerosakan yg mereka telah buatkan kpd org Melayu dan Malaysia ini kerana tamaknya mereka wpun org ramai dlm kesempitan kerana harga brg2 terus naik.

Anonymous said...

pekima bkn pekida

Anonymous said...

Sudah ada suara-suara yang sumbang yang mengatakan " selagi tidak bergaduh maka selagi itulah melayu tidak akan bersatu"

Trylah buat kalau berani, aku pun Melayu jugak tapi yang pasti kali ni kaum Cina takan terlibat. Selepas apa yang UMNO lakukan pada 19 Novermber 1985 di Memali, kau ingat puak-puak parang terbang akan bekerjasama dengan UMNO?

Kalau ada ahli UMNO yang ada ilmu parang terbang pun tak guna, enjin parang terbangnya dah dijual. Kalau jet tak ada enjin takleh terbang, samalah parang tu tak ada enjin tak leh terbang. Solat lima waktu tak cukup, bermain-main dengan hukum Islam, makan tanpa kenal halal dan haram habis dibedal depa ingat boleh buat parang terbang.

Rasanya puak-puak munafik ni akan terima balasannya dalam masa terdekat ni. PEKIDA dan PERKASA akan dilembukan UMNO, sekarangpun dah ditarik telinga ke sana dan ke sini.

Anak Simpang 3 Sg. Buloh said...

Salam,
InsyaAllah bukan semua ahli PEKIDA/PEKIMA/MAT KILAU yg sokong UMNO. Banyak yg dah sokong PR. Ramai yg dah celik mata. Ramai yg dah tak mau jadi mangsa politikus berfikiran sempit.

sama-samalah kita perjuangkan ketuanan rakyat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.