Gempar Dasar Umno halang perpaduan kaum Posted on Monday, December 05 @ 17:30:00 PST by paktam |
Oleh MUHAMMAD YUSRI AMIN
KOTA BHARU: Usaha partiparti utama gabungan BN khususnya Umno menjulang perjuangan berteraskan bangsa dikenal pasti antara punca hubungan antara kaum di negara ini belum mencapai tahap membanggakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang hanya mahu mengangkat keris dan melaungkan kalimah 'Hidup Melayu' menjadi penghalang kepada perpaduan kaum.
“Bahkan perjuangan se - perti itu mengkhianati agama Islam yang telus dan luas. Ada pihak melaungkan- laungkan hidup Melayu sehingga secara tidak langsung merendah-rendahkan kaum lain.
“Sedangkan kami di Kelantan mengketepikan sentimen kaum dan mengangkat persamaan darah dan keturunan,” katanya ketika ditemui pada Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina baru-baru ini.
Pogram seumpama itu ju lungkali dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dihadiri lebih 700 pemimpin masyarakat pelbagai kaum termasuk Cina, India dan Siam.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Mohd Amar Abdullah dan Pengarah JAHEAIK, Dato' Abdul Rahim Jusoh.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Umno menyempitkan perjuangan orang Melayu apabila cuba menafikan hak kaum lain. “Itu mengkhianati perjuangan Islam namanya.
Apa pemimpin Melayu meng angkat keris sambil melaungkan perkataan Melayu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah,” ujarnya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak melupakan kebajikan masyarakat bukan Islam apabila tahun hadapan memperuntuk sebanyak RM1.7 juta bagi membantu mereka.
Katanya juga, kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan lebih harmonis kerana Islam membina masyarakat majmuk dengan semangat toleransi tinggi.
“Inilah yang membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa perlu kepada dasar tertentu dicipta di peringkat kerajaan," ujarnya.
Malah kata beliau, masya rakat bukan Melayu di - be narkan mendirikan bangun an berciri reka bentuk berasaskan tamadun me reka.
Oleh itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana suasana yang terjalin di kalangan pelbagai kaum terus dipertahankan di Kelantan sehingga sekarang.
Sementara itu Mohd Amar berkata, Umno dan BN kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat apabila setiap tahun terbongkar pelbagai penyelewengan dilakukan membabitkan agensi-agensi kerajaan.
Katanya, Laporan Ketua Audit Negara membuat pemimpin Umno tidak mampu tidur lena termasuk projek ternakan lembu Feedlot di Gemas.
“Isu yang ditimbulkan Jabatan Audit Negara menjejaskan penghormatan rakyat kepada pemimpin Umno dan BN,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment