Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH TUA DAN DAH NYANYUK, MUDAH LUPA

‘Lihat siapa pemilik San Miguel’ sebelum cabar Anwar, PKR gesa Mahathir

December 18, 2011
KUALA LUMPUR, 18 DisPKR menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.

Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

“Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.

“Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan.

Kenyataan PKR itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul,” kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan  Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri.

Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, “saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.”

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran.

“Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya lagi. Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan  liwat dan salah guna kuasa.

Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita.

“Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya. Kenyataan PKR hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF.

“Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.

“Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98,” katanya lagi.

Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.

“Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.

“Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus,” kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.

“Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawarAnwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut.

“Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.

“Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.