Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN YANG BODOH DALAM BERPOLITIK

JIKA BERPOLITIK, YANG PENTING IALAH MORAL KEPARTIAN DIDALAM POLITIK, JIKA MORAL POLITIK TIDAK DIAMBIL KIRA MAKA AKAN JAHANAMLAH SESEBUAH PARTI TERSEBUT, SEBAB ITU KAMU DITEGUR, TELEK DARI KAMU DAHULU DARI SEGI MORAL POLITIK

Tunjuk bukti saya terperangkap agenda Umno, Hasan Ali gesa Mustafa

December 20, 2011
 
KUALA LUMPUR, 20 DisExco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.

“Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.

“Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya,” katanya.

Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan (gambar) yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Hasan menambah, Mustafa dengan bongkak dan sombong menggunakan autoriti dan jawatannya sebagai setiausaha agung parti melatah dan hilang arah sehingga sanggup meletakkan dirinya ke paras yang paling bawah dari sudut kewibawaan dan mengawal emosi.

“Saya mengharapkan Mustafa dapat memberitahu saya dalam masa terdekat fakta-fakta berkaitan perkara ini.

“Saya inginkan penjelasan mengenai perkara saya terperangkap dalam perangkap Umno dan juga saya terlingkung dalam agenda Umno untuk melemahkan parti beserta faktanya,” tegas Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Mengulas berkenaan kenyataan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang secara sinis mengatakan dirinya boleh menyertai Umno jika mahu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat ini merasakan kenyataan itu sebagai “bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan terkini sesuatu isu.”

“Perkara tersebut sudah saya perjelaskan berulang kali dan saya rasa tidak perlu untuk saya mengulangi kenyataan yang sama berulang kali dan saya sendiri tidak berminat” tegasnya.

“Saya perlu nyatakan wakil pimpinan pusat parti ada datang menemui saya enam hari lalu dengan membawa mesej pimpinan tertinggi dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi.

“Begitu juga pembantu presiden menyatakan keprihatinan (Mursyidul Am PAS Datuk) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) terhadap apa yang berlaku.

“Pendekatan mereka jelas jauh berbeza dengan cara dan gaya Setiausaha Agung dan Naib Presiden,” jelas Hasan lagi.

Pada sidang media yang sama, Hasan menggesa pimpinan PAS Pusat menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip bahawa namanya digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Hasan berkata beliau  mengharapkan pimpinan pusat  melakukan siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap Shaari kerana membuat pengumuman mengenai pencalonan mendahului pemimpin tertinggi parti.

“Atas nasihat rakan-rakan, saya menggesa pimpinan parti melakukan siasatan ini bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan pencalonan saya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelas Hasan, siasatan dan tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan kekeliruan daripada terus berlaku dalam kalangan ahli dan penyokong PAS.

“Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS, saya bukanlah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan polemik ini.

“Sebaliknya isu ini timbul hasil daripada pengumuman yang dikatakan tidak kena pada masa dan tempatnya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor mengenai pencalonan saya,” tegas Hasan lagi.

 KENYATAAN KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR BERHUBUNG DENGAN PENCALONAN BUKANLAH SESUATU YANG MUTLAK SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NASHARUDDIN, MENGAPA PERLU HASSAN ALI MELENTING ? ATAU SENGAJA MAHU MENGALIHKAN ISU MORAL PARTI YANG DIJEJASKANNYA

1 orang berkata:

Anonymous said...

Buat apalah nak layan si muka munafik tu. Sedari dahulu lagi aku cukup tak berkenan dengan politik cari makan beliau. PAS tak perlukan si penjahanam ini untuk legasi kepimpinan seterusnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.