Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMPAKNYA AHLI PAS SUDAH HILANG ETIKA KEPARTIAN

SEBAGAI SETIAUSHA AGONG PARTI MUSTAFFA BERHAK MENEGUR, CUMA CARANYA KURANG TEPAT

2011/12/20

ADA BAIKNYA SETIAUSAHA PAS TURUT MELETAK JAWATAN?

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

muktamar pas youth 020611 nik abduh
"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika
, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh (kanan).

Harakah
edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan pancing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

'Tungulah masuk Umno dulu'Mustafa antara pemimpin tertinggi PAS paling lantang mengkiritik kedua-dua pemimpin itu melalui wawancara khas dengan Harakah dan edisi dalam taliannya Harakahdaily sebelum ini.

Pemimpin veteran itu antaranya dilaporkan berkata Nasharudin dan Hasan terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS atas tindakan yang seolah-olah mempersoal dasar Islam parti itu.

azlanBercakap di laman Facebook beliau, Nik Abduh menolak "tuduhan" dan kenyataan Mustafa ketika kedua-dua pemimpin kontroversiti itu "berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS".

"Tunggulah dulu dua (orang) itu masuk Umno jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan (parti)," katanya yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas isu itu dan meminta media merujuknya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Nik Abduh juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang dilihat mula menghangatkan isu itu apabila dilapor berkata Dr Hasan tidak menerima pencalonan cukup daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

"Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam?

"Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi," katanya lagi.
 
LEMAHNYA ETIKA MORAL POLITIK AHLI PAS 
*  Dalam jama'ah kepartian mana boleh diambil kira soal kekanda atau keluarga
 
* Akhbar Harakah juga patut dipersalahkan, sepatutnya lidah resmi PAS itu perlu berhati-hati dari menyakiti hati ahli yang disentuh

* Jika Hassan dan Nasharuddin dikatakan terperangkap dengan aginda politik UMNO maka itu ada menesabahnya tuduhan Mustaffa itu kerana ahli dan penyokong PAS sekarangpun dah mula menyampah kerana pertikaman lidah di dalam parti

*  Kenyataan Nik Aziz yang menyuruh rujuk kepada Pesuruhjaya PAS adalah yang paling tepat, ikut saluran yang betul

* Membara dalam sekam ? Mungkin ahli PAS sudah hilang moral politik, salah siapa ? Tak de masa nak tarbiahkan ahli ke ?

*  Nik Abduh sepatutnya faham tentang akhlak berjama'ah yang tinggi itu mestilah dirujuk semua perkara dengan pimpinan, jika tidak ia dinamakan tiada etika, ia tentulah salah !

1 orang berkata:

Anonymous said...

boleh blahlah nik abduh, kau pun sama dgn mereka jugak. masa mat sabu dikutuk dan dimaki oleh umno tentang sejarah negara apa yg kau buat, apa kenyataan yg kamu keluarkan bagi mempertahankan mat sabu? kau dgn kekanda kau tu sama2 aje 2X5, 5X2 tak boleh pakai punya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.