Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG BETUL POLITIK ZAMBRY BERAKHIR SELEPAS PRU 13

Hayat politik Zambry bakal berakhir?
Posted on Tuesday, December 13 @ 05:52:09 PST by paktam

 
KUALA LUMPUR: Hayat politik Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMOg2bFSLlUh3Bs7_6BA21iEnE5tPhm57lL9dFk4VMIXytHB7s45PUxdEB5ggiOjnFMlEG4K8FvZ6c_Aq_wpE5xo-q6Piyi3S01F2_hjiQ9pDufCPHejpdcdHxdeko9dDlHoMvc58daElg/s1600/Datuk_Dr_Zambry_Abdul_Kadir%255B2%255D.jpgr dikatakan bakal berakhir selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
 
Sumber dalaman Umno menyatakan, Dr Zambry bukanlah orang pilihan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya lebih cenderung kepada Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman.


Sejak peristiwa rampasan kuasa oleh Umno-BN, usaha bagi memastikan Zambry menjatuhkan imej MB itu bukan sahaja datang daripada kritikan pembangkang, sebaliknya ianya juga dari kalangan pimpinan Umno-BN negeri, katanya.


Ramai yang tidak senang dengan kedudukan Zambry selaku MB kerana Adun Pangkor itu bukanlah seorang yang senior dalam Umno di Perak.

Kini kata sumber, Zambry juga terpaksa berdepan dengan musuh dalaman yang sedang mengatur strategi bagi memastikan jika BN mengekalkan Perak dalam PRU-13, Zambry bukan lagi menerajui kerajaan.

Sementara Zambry pula dikatakan sedang mencari peluang untuk memastikan kedudukannya selaku MB selamat dengan mengampu Perdana Menteri.

Lihat sahaja ketika Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas, Zambry turut serta dengan Najib bagi memastikan Presiden Umno itu yakin kepadanya.

Maklumat juga menyebut, banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran Zambry di dalam menentukan calon BN pada pilihan raya umm ke-13.

Antaranya, Zambry bimbang jika mengekalkan beberapa pimpinan BN yang tidak sehaluan dengannya akan menjadikan kedudukannya terancam sekiranya berjaya mempertahankan Perak di tangan BN.

Sementara dikatakan MCA sudah mengarahkan semua MCA bahagian menyerahkan senarai calon-calon yang mewakili mereka bagi mengelak daripada Zambry mencuri ruang mengatur calon pilihannya melalui proksi dalam MCA. 

MIC pula, tambahnya telah memberikan kata dua untuk mengekalkan kerusi yang ditandingi mereka pada PRU-12 yang lalu walaupun kesemua calonnya kalah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.