Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAGAI BEKAS TENTERA SAYA JUGA BERASA JANGGAL

HANCUR KESELAMATAN NEGARA OLEH PUAK-PUAK UMNO, ZAHID MESTI LETAK JAWATAN, TIADA ALASAN, TIADA MA'AF, KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA JUGA HARUS MELETAKKAN JAWATAN

2011/12/13

ZAHID WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI?

Berdasarkan laporan 10 Disember 2011, seorang blogger pro-Umno Papagamo, telah berada di tempat yang sama di mana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya P Ramasamy dan Mansor Othman semasa kunjungan mereka ke kapal selam KD Tun Razak. 

(Er Teck Hwa di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009.)

Papagomo telah juga menggambarkan secara negatifnya bagaimana Lim Guan Eng mengalami mabuk laut ketika dalam kapal selam tersebut.


Selain itu, seorang wartawan yang berada di tempat kejadian pada waktu tersebut turut menyatakan seorang lagi blogger pro-Umno bernama ‘Big Dog’ (Zakir Mohamad) turut berada di sana.

Berdasarkan foto di Malaysiakini, tampaknya kemunculan beliau adalah dalam penerbangan daripada lapangan terbang Langkawi dalam helikopter tentera.

Pada mulanya, kerajaan BN berhajat untuk menjemput Ketua Menteri daripada negeri PR untuk menyaksikan perjalanan dalam laut ini, untuk membuktikan ketidaktepatan dakwaan bahawa kapal selam ini tidak dapat menyelam. Akan tetapi, segalanya tumbang-terbalik. Sebaliknya, ia menunjukkan kedangkalan Menteri Pertahanan dalam soal sekuriti negara. Bukan itu sahaja, beliau turut tidak memahami konsep pemprosesan dalam satu pentadbiran yang baik.

Semasa pertengahan tahun 2009, kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang dibina dan dihantar ke Malaysia, Ahmad Zahid telah menjemput semua ahli parlimen daripada Dewan Rakyat ketika sesi ketiga parliamen ke pertunjukan LIMA untuk melawat rekabentuk dalam kapal selam.

Antara ahli parlimen pembangkang, hanya ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri dan saya menyertai pertunjukan tersebut. Pada 4 Disember 2009, Kementerian Pertahanan telah mengaturkan satu kapal terbang di lapangan terbang Subang dan membawa kami terus ke Langkawi.

Semasa kami tiba di pertunjukan udara LIMA di Langkawi, Ahmad Zahid telah menjemput kami. Kementerian Pertahanan juga telah menyediakan makanan untuk kami dan dijadualkan pukul 3 petang kami akan memasuki kapal selam.

Terdapat ramai jemputan, jadi kami semua terpaksa menunggu di platform. Disebabkan ruang sempit di dalam kapal selam, setiap seorang pelawat terpaksa menunggu giliran kami.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut berada di sama. Sebagai mantan perdana menteri, beliau diberikan keistimewaan untuk memasuki kapal selam terlebih dahulu. Namun terdapat seorang dalam ramai yang menarik perhatian saya. Beliau ialah Tan Sri Vincent Tan.

(Dr Mahathir dan Vincent Tan di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009)

Semasa Vincent Tan mengikuti Dr Mahathir memasuki kapal selam, saya berfikir mengapa Vincent Tan, seorang ahli perniagaan biasa, dan bukan pegawai kerajaan atau wakil rakyat boleh memasuki sebuah kenderaan ketenteraan. Kehadiran Dr Mahathir adalah berpatutan dan tepat kerana beliau seorang negarawan, yang pernah berbakti kepada kemajuan negara dan perdana menteri paling lama di Malaysia. 

Adakah Vincent Tan seorang pakar dalam kapal selam? Mengapa seorang biasa seperti beliau dibenarkan memasuki kapal selam?

Perkara yang sama berlaku lagi selepas dua tahun. Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid seolah tidak sedar siapa yang harus dibenarkan masuk ke dalam kapal selam. Namun begitu, seorang rakyat biasa telah memasuki kapal selam, mengambil gambar dan memaparkannya ke internet.

Ahmad Zahid masih tidak malu berkata bahawa tiada blogger yang dibenarkan masuk ke kapal selam. Selain itu, Papagomo juga sombong di dalam blognya dengan menyatakan bahawa beliau hanya boleh memberitahu pembaca ‘sedikit benda’. Yang selainnya adalah rahsia strategi ketenteraan. Adakah ini bermaksud seorang rakyat biasa boleh menghadiri majlis di mana beliau didedahkan dengan risikan ketenteraan?

Dan secara tidak malunya, beliau memberitahu kepada satu dunia bahawa beliau mengetahui sesuatu rahsia ketenteraan tapi beliau tidak akan memberitahunya.
Bukankah itu satu ancaman kepada keselamatan negara? Bagaimanakah Kementerian Pertahanan memastikan blogger tersebut tidak menjual maklumat tersebut kepada organisasi risikan negara lain?

Ahmad Zahid, sebagai Menteri Pertahanan yang mewakili negara mesti memahami bahawa dengan membiarkan seorang rakyat biasa untuk mengakses maklumat sesuatu fasiliti ketenteraan adalah satu benda yang teramat berat untuk berulang.

Dua tahun lepas Vincent Tan, dua tahun kemudian ialah Papagomo dan Big Dog. Sejak bila tempat ketenteraan menjadi tapak permainan BN?

Pada era Nazi German, Wermacht (German Armed Forces) dan Schutzstaffell (SS) adalah dua entiti yang berlainan. Ia adalah kenapa semasa Jeneral Walther Wenck ditewaskan di Battle of Berlin, di mana Hitler memberikan arahan untuk tidak berundur, tapi Walther Wenck tidak mematuhi arahan tersebut. Sebaliknya, Wermacht mengikut General Wenck untuk menyerah diri kepada perikatan Alliance. Ketaatan Wehrmacht adalah kepada Ketua Pertahanan di bawah kerajaan dan bukan parti politik. Disebabkan itu, 3 juta warga Wehrmacht diselamatkan daripada dibunuh oleh perikatan Alliance.

Di atas ialah contoh yang baik pemisahan kuasa antara parti dengan negara. Kementerian Pertahanan di bawah Ahmad Zahid pula meletakkan parti politik di atas kepentingan negara. Beliau membiarkan rakyat biasa yang mempunyai hubungan politik untuk mengakses fasiliti ketenteraan.

Beliau hanya berpura-pura tidak tahu. Berdasarkan ini, Ahmad Zahid telah membuktikan bahawa beliau tidak berupaya untuk mengurus. Berdasarkan keterlanjuran yang serius ini, kabinet harus menuntut beliau untuk meletakkan jawatan. Jangan biarkan politik menghancurkan imej baik ATM.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.