Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG DAH LAMA MUNAFIKPUN !

Khamis, 1 Disember 2011

"Ucapan Muhyiddin Munafiq" - PAS Buat Laporan Polis.

alt
KUALA LUMPUR 30 Nov. - PAS menganggap ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perasmian Perhimpunan 3 Sayap UMNO malam tadi adalah yang paling menyedihkan dan mengecewakan.
 
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, intipati ucapan beliau memperlihatkan daya fikiran intelek dan budi bahasa yang amat rendah bagi seorang yang berjawatan No. 2 dalam Kerajaan.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul,” ujar beliau ketika diminta memberi reaksi dari salah seorang wartawan Harakahdaily.

Beliau turut menyelar dengan menjelaskan bahawa UMNO adalah parti sebenar yang telah membelasah kaum Melayu di Negara ini dan ucapannya bercanggah dengan maklum balas rakyat Malaysia yang semakin menerima Pakatan Rakyat.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati,” katanya lagi.

Beliau turut mendakwa Muhyiddin sewajarnya malu dengan perjuangan sekular dan Munafiq parti tersebut sejak sekian lama akan tetapi bercakap soal jihad mempertahankan bangsa walhal jihad sebenar adalah menegakkan Hukum Syariat .

Dalam pada itu, PAS dakwa Sany telah mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.