Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS DAN TENTERA DAH LAMA JADI KUDA UMNO, KHAIRY TAK PERLU SEBUT

PKR: Terbukti polis, tentera diperkuda Umno pilih calon

December 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Dis Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam bahawa polis dan tentera terlibat proses pemilihan calon bagi pihak parti itu membuktikan kedua-dua sayap keselamatan tidak bertindak bebas, kata seorang pemimpin PKR hari ini.

Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas.

Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini,” katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy.

Bagaimanapun Khairy berkata: “Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden.”

“Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata polis dan tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan.

Ketua cabang Rembau itu yang mesra dikenali “Chegubard” berkata pegawai-pegawai tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia perlu tampil menjawab kenyataan itu.

“Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno,” katanya lagi.

Badrul Hisham yang menyaingi Khairy di kerusi Parlimen Rembau tiga tahun lalu berkata, kenyataan wakil rakyat itu juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua Pemuda Umno sendiri memperakui perkara ini secara terbuka dengan bangga memperakui parti itu memperkudakan dua agensi penting negara.

“Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.

“Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar, berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional,” katanya lagi.

Zahid yang kini Menteri Pertahanan merupakan bekas ketua Pemuda Umno. Kata Badrul Hisham, dengan kenyataan Khairy sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan tindakan.

“Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno,” katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.