Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib kata BN tetap menang

Bagi rakyat fulus semua boleh setel, BN tak perlu bimbang !

Najib: ‘Kita tetap yakin boleh menang tapi tak mahu pandang rendah Pakatan’


 
KUALA LUMPUR,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) dan Umno mahu sebuah kerajaan yang kuat dengan majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami pastinya mahu sebuah kerajaan yang kuat. Apa jua yang ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat, inilah yang kami mahu.

“Ini kerana (majoriti) dua pertiga adalah sesuatu yang unggul tetapi yang penting adalah sebuah kerajaan yang kuat boleh menjadi kerajaan yang majoritinya bekerja atau kerajaan yang memperoleh dua pertiga,” katanya selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada beliau berpuas hati dengan BN mendapat majoriti dua pertiga atau setakat mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata parti itu juga boleh menawan semula empat negeri yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Kita tetap yakin kita boleh menang tetapi saya tidak mahu memandang rendah (pembangkang). Sebab kalau kita memandang rendah pembangkang pembangkang, ia satu daripada kesilapan yang kita boleh lakukan.

“Bila kita nak ambil alih (se)sebuah negeri ia menuntut kepada persedian, persiapan dan strategi yang lebih hebat lagi daripada biasa,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu mengumumkan sendiri bahawa perhimpunan kali ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum seperti didakwa ramai pihak, beliau berkata: “Kalau sebut sendiri saya dah bagi isyaratlah.”

Dipetik Bernama Online, beliau berkata semangat dalam perhimpunan juga memberikan sedikit bayangan untuk tarikh pilihan raya.

Katanya, persiapan pilihan raya berjalan berterusan dan pemimpin Umno dan BN akan terus mengadakan perjumpaan dan pertemuan dengan rakyat ke seluruh negara.

“Sebenarnya untuk pilihan raya, (persediaan) berjalan, ia satu proses berterusan. “Dan (kami) akan jelajah, jelajah, jelajah, lagi berapa pusingan, saya tak tahu,” katanya.

Mengenai konvensyen BN yang akan diadakan di Perak bulan depan, Presiden Umno itu berkata hampir kesemua negeri sudah mengadakannya dan mungkin seterusnya konvensyen diadakan atas nama Umno pula.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.