Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pembangkangpun bayar cukai juga

Isnin, 5 Disember 2011

ZAHID HAMIDI - PEMBANGKANG TAK PAYAH CAMPUR URUSAN ATM


 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kemampuan dan ketelusan jawatankuasa penilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa perlu melibatkan pembangkang dalam soal pembelian aset pertahanan negara.
 
Beliau berkata, sistem perolehan pembelian aset pertahanan dibentuk oleh Kementerian Kewangan, dan sebelum sesuatu produk dibeli, ia dinilai sebuah jawatankuasa yang wujud dalam perkhidmatan tentera darat, udara atau laut.
“Kita yakin dengan sistem yang sedia ada yang telah ditentukan Kementerian Kewangan dan kita yakin dengan jawatankuasa penilaian yang ada.
 
“Kalau aset-aset itu dikehendaki tentera darat (contohnya), jadi jawatankuasa tentera daratlah yang akan buat penilaian untuk tentukan spesifikasi,” katanya kepada pemberita di atas kapal KD Jebat yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2011), di sini hari ini.
 
Penilaian bukan sahaja dibuat daripada sudut teknikal sahaja malah mengambil kira soal pemindahan teknologi dan keuntungan yang bakal diperoleh negara pada masa panjang, terutama kepada industri pertahanan tempatan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.