04/12/2011 5:49pm
KODIANG 4 Dis. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mencadangkan semua wakil rakyat UMNO dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama UMNO dalam sebarang keadaan.
Katanya, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Kuala Lumpur semalam.
"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin.
"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat UMNO) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Padang Sera, di sini, hari ini. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment