Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG JAHAT CINA MCA, YANG KENA BELASAH DAP, Kah, Kah, Kah !

PAS gesa Umno henti guna politik kotor jadikan DAP ‘punching bag’

December 06, 2011
 
KUALA LUMPUR, 6 Dis — PAS hari ini menggesa Umno supaya berhenti daripada menggunakan taktik politik kotor dengan menjadikan DAP sebagai “punching bag” dalam usaha menarik sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada masa yang sama , parti Islam itu menasihatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan strategi Umno itu memandangkan punca kepada segala masalah dan isu dialami mereka selama bukan disebabkan DAP, tetapi parti teras BN tersebut sendiri.

“Jadi, saya minta Umno berhentilah daripada menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’... menjadikan DAP sebagai sasaran dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini. 

Ini bagi saya satu politik yang paling kotor,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) pada sidang media di sini hari ini dengan merujuk kepada ucapan-ucapan pemimpin kanan Umno dan juga perwakilan mereka.


Antara lain pemimpin dan perwakilan Umno mendakwa DAP memperkudakan PAS selain mahu menjadi Malaysia negara radikal.

Kata Mahfuz, jika orang Melayu kehilangan ekuiti sekitar RM52 bilion di bawah pemerintah Umno-BN, ia bukan disebabkan oleh DAP.

“Umno sendiri menjadi punca kepada masalah orang Melayu,” kata beliau lagi. Sehubungan itu Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, perkembangan sepanjang perhimpunan agung Umno yang baru lalu menunjukkan parti tersebut sedang berhadapan dengan krisis sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu.

“Ucapan-ucapan presiden dan timbalan presiden Umno menunjukkan Umno bermasalah, Umno menghadapi masalah dalaman... masalah mendapatkan sokongan daripada pengundi termasuk daripada kalangan pengundi Melayu sendiri,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.