20 Februari, 2012
Gempar!! Lagi Surau Di Roboh Di Negeri 'UMNO'..
Gambar Hiasan |
Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir oleh pihak berkuasa baru-baru ini. "UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO" "Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan" ujar Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Adly mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Adly mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"Kegagalan kerajaan negeri mewartakan tanah wakaf ini menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga".
"Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju" katanya dalam posting terbaru blog peribadi beliau adlyzahari.blogspot.com.
Menurutnya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri sendiri tidak dapat menyelamatkan sebuah surau yang menjadi tempat ibadat dan aktiviti lain di kawasan tersebut.
"MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab terhadap perobohan surau ini" tambah Adly. Difahamkan Adly dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohammed telah membuat lawatan ke surau tersebut baru-baru ini.
Sebelum ini sebuah surau di Kampung Bukit Katil cuba dirobohkan oleh pihak berkuasa atas nama pembangunan. Tetapi akhirnya ia dibatalkan selepas mendapatkan bantahan keras dari penduduk setempat. ~mutaligat
0 orang berkata:
Post a Comment