Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARI LAIN LOBANG LA !

25 Februari, 2012

Panas!! Adun BN Kena Tumbuk

Minggu lalu, satu peristiwa yang agak mengejutkan berlaku sehingga menjadi tajuk perbualan di kedai-kedai kopi bahawa seorang peniaga Sarang Burung, Salleh Amrie tiba-tiba telah menyerang Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dengan melepaskan tumbukan ke arah muka Saddi.

Menurut saksi yang memberitahu Paparazzi, kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Sandakan. Sebaik sahaja Saddi sampai di Balai Ketibaan, tiba-tiba Salleh menyerang Saddi tanpa sebarang amaran, namun Saddi sempat mengelak serangan tersebut.

Agak menghairankan, kata saksi tersebut, semasa kejadian beberapa orang anggota Polis berada di tempat kejadian, tetapi mereka tidak berbuat sesuatu, seolah-olah tidak melihat serangan di hadapan mata kepala mereka; sekalipun ketika diserang, isteri Saddi, Datin Shikin Sulong bersama beliau.


Menurut saksi itu lagi, Saddi tidak melaporkan kes ini kepada Polis sehingga ke hari ini dan usaha Paparazzi 'memburu' Salleh Amri tidak berjaya, manakala Saddi pula enggan mengulas kerana hanya "silap faham" katanya.


Bagaimanapun mengikut orang terdekat dengan Saddi, Salleh marah kerana Saddi enggan membantunya mendapatkan satu lagi lubang sarang burung di Gua Gomantong kerana telah diluluskan kepada kontraktor lain; menyebabkan Salleh melepaskan geram yang terbuku di hati, namun belum ada sebarang pengesahan berhubung punca pergaduhan tersebut. ~
sabahkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.