Peneroka Felda dianggap hanya faham bahasa bakul sampah |
Posted on Saturday, February 25 @ 10:08:16 MYT by paktam
Oleh DR MASZLEE MALIK PERBUATAN Dato’ (Ahmad Maslan) membuang manifesto Pakatan Rakyat (Buku Jingga) ke dalam tong sampah di dalam satu acara umum dan terbuka adalah perbuatan menghina konsep political pluralism yang menjadi rukun kepada sistem demokrasi yang adil.
Tindakan membuang manifesto parti lawan itu juga merupakan satu penghinaan kepada ide atau tawaran kepada rakyat oleh para pemimpin Pakatan yang rata-ratanya merupakan penggubal undang-undang (ahli parlimen) yang telah dipilih oleh rakyat. Secara moral, ini merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini.
Tambah lagi, ia amat menyalahi aspirasi yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri lewat ucapan beliau menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011 yang lalu yang inginkan suasana politik berteraskan demokrasi setaraf dengan negara membangun.
Perbuatan itu juga seakanakan ingin menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara mundur di dalam berpolitik. Cu kup juga saya katakan, perbuatan tersebut mengundurkan Malaysia dua puluh tahun ke belakang dari usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Di samping itu, perbuatan ter sebut seolah-olah merupakan penghinaan secara tidak langsung kepada sistem pendidikan negara ini semenjak merdeka yang gagal melahirkan para pemimpin dan menteri yang bertamadun, bertata susila dan bermoral. Sekali lagi saya tegaskan, perbuatan tidak bertamadun itu juga telah memperlekeh mentaliti war ga Felda, seolah-olah warga Felda hanya layak memahami ba hasa bakul sampah dan bukannya bahasa dialog dan hujah.
Perbuatan Dato’ itu di sudut yang lain pula telah mencemarkan sikap kesopanan warga Felda dengan memaksa mereka menyaksikan perbuatan di luar adab dan tatakesusilaan orang timur dan masyarakat Islam. Di sudut yang lain, Dato’ juga telah memberikan isyarat seolaholah mereka tidak boleh berfikir sehinggakan Dato’ tidak bersedia berdebat atau berdialog dengan pihak Pakatan dan Anak di media terbuka di hadapan warga Felda untuk mereka berfikir dan membuat keputusan. Dato’ tersilap di dalam hal ini.
Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Dato’ ketika Dato’ beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina. Saya berkeyakinan tinggi bahawa warga Felda sudah matang, boleh berfikir dan mampu untuk menilai.
Tolonglah berhadapan dengan mereka dengan memandang mereka setaraf dengan Dato’ dan bukannya lebih rendah dari Dato’.
Saya yakin Dato’ masih ingat insiden Dr Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri Selangor. Secara umum, masyarakat, sama ada yang menyokong BN mahupun yang menyokong Pakatan melihat ianya merupakan satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab orang timur, apatah lagi orang Islam.
Maka hasilnya, Khir Toyo telah disapu dari takhtanya, dan kini sedang menantikan penentuan nasibnya di atas tuduhan rasuah.
Saya kira, Dato’ juga tidak ma hu hal yang sama menimpa diri Dato’ pada PRU13 nanti. Dato’ pastinya tidak mahu diri Dato’ dan juga parti Dato’ dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah matang dan mampu berfikir, sepertimana yang berlaku kepada Dr Khir Toyo.
Maka, di atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang bertanggungjawab, saya menyeru agar Dato’ bersikap dengan sikap ‘ahli politik bertamadun’ lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil Anak ataupun wakil Pakatan mengenai isu Felda.
» Penulis ialah pensyarah UIAM. Tulisan ini merupakan sedutan ring kas daripada surat terbuka ke pada Dato’ Maslan Ahmad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
0 orang berkata:
Post a Comment