Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

24 Februari, 2012

Gambar Anak Pejuang Islam Tak Pakai Tudung

Mungkin bulan Mac menjadi bulan mengangkat majoriti wanita bersaiz normal di mana dapat dilihat majalah fesyen ternama dunia, Vogue juga telah mengambil Adele bagi menghiasi muka hadapan mereka. Secara kebetulan, majalah tempatan InTrend digetus perasaan yang sama mahu merai dan menghargai wanita cantik bertubuh plus sizeseperti Adele.
 Yang kini menjadi sebutan dalam industri hiburan juga fesyen tanahair, tidak lain tidak bukan Najwa Mahiaddin. Menurut penata fesyen yang bertindak sebagai penyelaras kepada penggambaran tersebut iaitu Iqbaq V Azwan Mukhtaram, Najwa sangat mudah untuk digayakan kerana dia juga mempunyai citarasa tinggi dan gemar bergaya.

Antara yang menjadi intipati dalam halaman Profil adalah kisah dan luahan hati Najwa sendiri yang berasal daripada latarbelakang keluarga berprofil tinggi di mana ayahnya merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Mahu berdiri dengan namanya sendiri, menurut Najwa lagi dia tidak mahu berkongsi atau mendapatkan populariti daripada nama ayahnya dan kerana itu jugalah di awal kemunculannya dia mengubah ejaan nama ayahnya itu supaya mengharapkan umum tidak dapat mengetahuinya.
Menyarungkan helaian daripada Eclipse menghiasi muka hadapan yang terdiri daripada jemeki matte rona kundang dia juga tampil sungguh elegen dalam sarungan daripada Karen Millen dan Ted Baker. Dilengkapkan dengan aksesori mewah Aseana Accessories, Najwa mendapat sentuhan daripada Khir Khalid dan dandanan rambut daripada David Shaw.
Itu adalah sedikit kisah tentang Najwa dan pelbagai lagi cerita menarik dikongsi penyanyi lagu Got To Go itu dan anda harus mendapatkan InTrend edisi Mac 2012 untuk mengenali lebih dekat personaliti yang mempunyai suara yang unik ini.

~laksamanabktbintang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.