Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 3 Februari 2012

Kereta & Rumah TPJ PAS Johor Terbakar Dalam Cubaan Membunuh - (Bergambar)

NUSAJAYA, 3 Feb 2012: Tingkat bawah rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti telah hangus terbakar akibat sabotaj pihak tertentu pada kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi tadi.

Ketika kebakaran ini berlaku, seramai 7 orang termasuk beliau berada di dalam rumah tersebut yang juga mengakibatkan berlakunya 2 kali letupan yang kuat dari kereta yang terbakar.


"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"



"Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.


Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.


Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.

"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"


"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.

Turut bergegas ke tempat kejadian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Saudara Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP negeri Johor merangkap ADUN Skudai. 
 
 





0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.