Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Nik Aziz sedia lepaskan Salahuddin ke Johor

February 09, 2012
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 9 Feb - 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia melepaskan naib presiden parti itu, Salahuddin Ayub sekiranya PAS Johor memerlukan pengalaman beliau di negeri berkenaan. 
 
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, pucuk kepimpinan parti sedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri kelahirannya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” katanya kepada pemberita di Kota Baru.

Memetik Sinar Harian Online, Menteri Besar Kelantan ini mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.

Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

“Apa-apa pun biar Pas Johor berbincang dahulu dan tentukannya. Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya,” katanya.

Nik Aziz berkata, di samping perlu akur kepada keputusan pucuk kepimpinan, beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian.

Sebelum ini, Salahuddin menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan.

Bagaimanapun tidak menjadikan tawaran sebagai menteri besar sebagai matlamat utama perjuangannya dalam parti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.