Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 15 Februari 2012

IRAN AKAN DISERANG - SEMUA WAJIB BERSEDIA




TENTERA LAUT IRAN BERSEDIA














ISRAEL , IRAN DAN SYRIA
WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action.( Gareth Poter IPS)

Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang – Mauludul Rasul dan Taipusam - di New York rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Russia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi – menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

Tetapi pada 4hb Febuari 2012 yang lalu Russia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak di veto - melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) keatas Syria. .

Lalu timbul persoalan – apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan saya minggu lalu saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru – Project For the New American Century (PNAC).

Justeru, semua yang sedang berlaku dihadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman yang menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.



Pada ketika ini - dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa - saheh Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persolaan. Lalu timbul pertanyaan jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2hb Ogos 1964 sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah di katakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika , Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990 dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis- nangis didalam kaca tv kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini Presiden Bush Senior telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia di beritahu bahawa Nayirah ini adalah anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton sebuah syarikat lobi. Tetapi berita saheh tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.



Kalau Iran hendak di serang apa apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang – settlers state – seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Canada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara di datangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta disatu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggir warga asal. Dalam kes Israel bukan hanya meminggir malah menghalau keluar orang Palestine – warga asal.

Pada thun 1967 saya dalam tingkatan empat . Pada tahun itu Perang Enam Hari Arab/Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan 3 juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sadikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisma. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel selain dari negara pendatang adalah juga sebuah pengkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat 3 bilion dollar bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Isreal yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Dimana soldadu Israel berakhir disitu soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku , Isreal telah merampas Bukit Golan wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini adalah sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini stratejik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PPB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat Perjanjian Pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui penjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pengkalan tentera dan di persisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian Pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang merbahaya.



Manakala Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Dia zaman Presiden Hafez Al-Assad Syria ayah kepada Presiden Bashar – Syrian telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Russia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Russia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu – maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Russian ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Isreal.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila dibawah parti ini mendapat dukungan dan sokongn teguh dari Iran. Parti yang berpengkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pengkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbollah.

Justeru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan front besar antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq dibawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Shiah’ yang kukuh. Blok revolusineer dengan dasar anti Zionis dan anti Amerika.



Melihatkan kemunculan Tembok Shiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan’ seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti Tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancangan seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib di menangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

Ketika tulisan ini di garap Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘ Syrian Free Officer Movement’ yang berpengkalan di Turkey. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka di latih dan di biayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turkey menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk meghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran – Tembok Shiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya di retakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecilakaan yang sednag dirancang di Syria?
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.