Rabu, 22 Februari 2012
ZIONIS DAN NEOCON SEDANG MERANCANG
INI MUKA MUSUH RAKYAT DUNIA
TUJUAN AKHIR NEOCON
After last week's explosions it's important to take an objective look at the evidence as the story unfolds rather than putting blind faith into the anti-Iran spin from Washington and Tel Aviv - dari BANGKOK POST 19/2/2012
Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan ajensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran dibelakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas.
Tetapi Bangkok Post akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi dibelakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini?
Dalam strateji media ini dipanggil strateji mengolah pesetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi ‘false-flag’. Ini adalah mondus operadi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan’ yang lebih besar dapat dilakukan.
Jika membaca buku memoir Said Zahari – bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif dimana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British meminta Tunku menuduh letupan ini sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.
Jangan lupa – paling terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku 3 letupan kecil pada 9 Januari lalu d Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false-flag’. Tidak susah untuk memahami siapa dibelakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion telah menuduh : letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim.
Seperti tulisan minggu dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku dalam dunia hari ini adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan drama politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek untuk mengimplementasi Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang oleh gerombolan NeoCon.
Rasa saya bukanlah bagitu susah untuk memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia.
Semuanya bermula dengan kepentingan The American Military Industrial Complex – Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan Senjata ini akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki Rumah Puteh.
Perserikatan Senjata ini akan bersekongkol dengan Walls Street untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum pemodal. Perserikatan Senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di media. Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan ditonjolkan sebagai pembuat pandangan/opinion maker. Gerombolan NeoCon adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi jurufikir.
Perserikatan Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa yang sama Perserikatan Senjata ini berkerjasama dengan rejim Zionis Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama. Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini dijadikan ‘polong’ untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah Timur Tengah. Kerana takutkan ‘polong’ maka negara Arab ini akan menjual minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi!
Mondus operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang mainkan oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan atau Syed Mokhtar. Cukong dan towkay ini akan melabor duit untuk memastikan calon-calon dari United Malays National Organisation akan terus berkuasa memerintah Malaysia.
Apa yang berbeza: Vincent Tan mahu tapak tanah penjara Pudu manakala Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq yang kaya dengan minyak. Syed Mokhtar mahu monopoli jual beli beras manakala Halliburton mahu kontrek pembuatan senjata di Amerika. Ananda Krishnan mahu 40 saluran Astro makala Time Warner mahu memiliki semua media dalam dunia ini.
Apa yang cuba saya lakarkan disini adalah bahan latar untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Hari ini pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia berfikir juga dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan menerima tuduhan dari media pro Zionis bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear.
Bagaimana semua ini ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran?
Jawabnya ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear. Laporan badan nuklear dunia - International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki pandangan yang sama. Tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih diteruskan. Kenapa?
Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus mendapat kontrek membuat senjata. Isreal, saperti yang telah saya nyatakan memainkan peranan ‘polong’ untuk terus menakut-nakutan dan menundukkan semua negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah Puteh.
Rakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon, jurufikir Perserikatan Senjata ini memiliki rancangan masa depan yang berjangka panjang. NeoCon berfikir dan merancang bukan untuk setahun dua. Contohnya rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun 2003.
Sasaran utama NeoCon BUKAN Iran tetapi China. Mungkin ada pembaca yang merasa mushkil dan amat payah untuk menerima kenyataan ini. Disinilah kekuatan NeoCon – mereka dibayar untuk berfikir dan kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini di kota dan dikuat kuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka memperincikan cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika.
Untuk memahami kenapa China menjadi sasaran sila rujuk kembali rukun iman NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis : tidak membenarkan mana mana negara muncul untuk menentang kepentingan Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun iman ini boleh mentafsirkan China memiliki potensi untuk menandingi kuasa Amerika.
Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi Amerika. Memang betul pada ketika ini teknoloji China masih jauh ketinggalan berbanding dengan Amerika. Memang betul kemiskinan masih lagi menghantui beratus juta warga China.
Menyedari semua inilah maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan ‘projek-projek’ untuk memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri. Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petrolium. China perlu mengimpot 32% keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari Afrika, Telok Parsi dan Saudi Arabia.
Ketika Saddam Hussein berkuasa di Iraq banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua perjanjian cari gali ini telah dibatalkan. Di Libya China memiliki hubungan yang baik dengan Muammar Gadaffy. Justeru apabila Gaddafy dibunuh semua kepentingan China dilupuskan. Semua perjanjian cari gali minyak di Libya dibatalkan.
Dengan ini amat jelas perang di Iraq dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat disedari oleh China. Justeru China telah membuat perjanjian untuk membeli minyak mentah dan gas dari Iran. Telah wujud perancangan untuk membuat pembetongan aliran minyak dan gas dari Iran ke Pakistan dan berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama – The Old silk Road. Jika berjaya dilakukan maka China akan mendapat aliran minyak dan gas berterusan tanpa melintasi Selat Melaka.
Amerika melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan intim antara China dengan Iran dan Pakistan. Justeru apa yang berlaku di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strateji bala tentera Amerika untuk mengepong China dalam jangka panjang.
Menyedari semua ini maka kita lihat bagaimana Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK menyokong sekatan keatas Syria. Rusia juga sedar negara-negara boneka – Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan – adalah negara-negara boneka yang sedang di persenjatai oleh Amerika. Negara piliharan Amerika ini terletak dibawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan China. Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan’ ini akan menjadi ‘ israel’ untuk China dan Rusia.
Justeru tulisan saya ini adalah ingatan kepada warga dunia.Jika perang dilancarkan keatas Iran bermakna Perang Dunia Ketiga bermula. Serangan keatas Iran adalah mengimplementasi projek NeoCon sedang untuk melahir New World Order atau Tata Dunia Baru.
Sebelum perang pecah kita wajib membaca kembali sejarah dan pengalaman jenerasi sebelum kita yang menuntut Merdeka di zaman Perang Dunia Kedua. Jika perang pecah ianya akan membuka peluang untuk kita menumbangkan gerombolan United Malays National Organisation dan melahirkan Tata Malaysia Baru.(TT)
0 orang berkata:
Post a Comment