Selasa, 21 Februari 2012
Seruan Kebangkitan Khilafah di Yaman dan Edaran Risalah mengutuk Pilihanraya Sekular
ARRAYAH.INFO, Yaman, 21 Februari 2012 - Ahli anggota Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di wilayah Yaman telah ditahan oleh penguatkuasa pro-revolusi selepas teruk dibelasah oleh ahli-ahli Parti Islah kerana mengedarkan risalah mengutuk pilihanraya demokrasi presiden yang akan datang dan menyeru kepada syariat Islam secara keseluruhan.
Hizbut Tahrir telah mengedarkan risalah kebangkitan setelah selesai solat Jumaat di Jalan Enam Puluh, kota Sana'a di mana ahli Parti Islah menyertai setiap hari Jumaat untuk solat dan aktiviti revolusioner.
Risalah kebangkitan yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir menyatakan bahawa pilihanraya demokrasi sekular akan datang adalah dilarang dalam Islam dan umat di Yaman perlu berusaha untuk pembentukan semula Daulah Khilafah.
Selama penahanan, anggota Hizbut Tahrir dengan berani memberi dakwah dengan beberapa petugas yang menahannya, dan mengatakan kepada mereka bahawa Khilafah akan pasti berdiri kembali, pasti dengan izin Allah SWT, dan mereka harus berusaha ke arah itu.
Sehari selepas dibebaskan dari penahanan, mereka telah mengambil baki risalah yang ada dan pergi untuk diedarkan di dalam salah satu masjid terbesar di Sana'a.
Mereka sekali lagi bertemu dan bertembung dengan konfrontasi dan diancam oleh ahli-ahli Parti Islah.
Menurut ahli-ahli Hizbut Tahrir, Parti Islah telah mempertingkatkan kekejaman mereka ke arah para pemuda yang memanggil pembentukan semula Daulah Khilafah.
Ketika berselisihan, salah seorang ahli Parti Islah menjerit pada ahli Hizbut Tahrir bahawa "Parti Islah tidak mahu Khilafah; Parti Islah mahu sebuah negara demokratik yang moden".
Konfrontasi terkini timbul selepas ahli-ahli kumpulan Islam yang mengibarkan sepanduk di tengah-tengah Dataran Pembebasan Sana'a yang berbunyi "Sekarang adalah masa untuk Khilafah sehingga kerja untuk itu".
Sepanduk yang boleh dilihat dengan jelas di Dataran Pembebasan Sana'a telah dibuang berkali-kali oleh ahli-ahli Parti Islah, bagaimanapun, ahli-ahli Hizbut Tahrir berjaya memasangnya kembali.
Hizbut-Tahrir telah meningkatkan usaha dan telah berjaya mewujudkan kehadiran yang kukuh di tengah-tengah "Freedom Square" di Sana'a.
Selain megedar risalah kebangkitan, ahli-ahli Hizbut Tahrir secara aktif pergi dari khemah ke khemah, menyeru Yaman untuk menjawab panggilan Allah SWT dan Rasulullah SAW agar bekerja semaksima mungkin untuk Khilafah.
Insya Allah, janji Allah SWT, Khilafah pasti kembali. [khilafah.com/arrayah.info]
Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/comment/13487-the-struggle-in-yemen-for-khilafah

0 orang berkata:
Post a Comment