Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, February 9, 2012

Buktikan jika semua tuduhan PKR itu fitnah - Ketua UMNO Bahagian Cheras


ISU NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat Abdul Jalil perlu diselesaikan sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-13 diadakan, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Jika tidak kata beliau, isu tersebut bakal menjadi beban besar kepada UMNO dan kemungkinan akan menghakis keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak mahu kecemerlangan kepimpinan Najib akan menjadi cacat disebabkan oleh isu NFC," tegasnya.

Menurut beliau, rakyat sedang memerhati sejauhmana ketegasan dan ketelusan pihak berkuasa menangani isu tersebut.

Beliau menegaskan, rakyat juga sudah bosan dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan kepimpinan UMNO yang turut diekspoloitasikan pembangkang untuk menarik sokongan pengundi.

"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu melahirkan rasa kecewa kerana pihak pembangkang semakin ghairah membongkar satu persatu pembelian pelbagai aset mewah terutama di Singapura yang dikaitkan dengan suami Shahrziat, peneraju utama NFC," katanya.

Katanya, jika dakwaan pembangkang itu tidak dinafikan oleh pihak terbabit (keluarga Shahrizat) kemungkinan boleh menimbulkan persepsi umum bahawa dakwaan tersebut sebagai benar.

"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," tegas beliau.

Beliau menjelaskan bahawa rakyat mahu kepada penjelasan yang sahih berhubung isu tersebut yang turun mendapat perhatian media aasing.

Keluarga Shahrizat kata beliau, tidak perlu berasa takut atau cemas jika terbukti mereka tidak terbabit dalam sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berkait isu NFC.

Syed Ali sekali lagi mengingakan bagaimana pembangkang dalam siri ceramah politik diseluruh negeri telah menggunakan isu NFC sebagai modal mereka memburukkan UMNO dan Najib selaku Perdana Menteri.

"Pembangkang tuduh macam-macam pasal NFC dan mereka juga menunding jari kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bagaimana pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan negeri agak sukar untuk menjelaskan kepada rakyat apabila isu NFC dibangkitkan.

Sehubungan itu katanya, jalan terbaik ialah isu NFC mesti diselesaikan sebelum berlakunya PRU ke-13 supaya sokongan rakyat tidak terhakis.


UMNO Bahagian Cheras

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.