Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, February 15, 2012

BEKAS MENTERI UMNO NI KATA.... ANWAR AKAN JADI PERDANA MENTERI YANG HEBAT DIMATA RAKYAT !!!

 
Seorang veteran Umno berkata kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi Perdana Menteri yang hebat dimata rakyat, beliau menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong.

Veteran Umno tersebut ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang Presiden nya Tengku Razaligh Hamzah merangkap Ahli Parlimen Negeri Kelantan (Palimen Gua Musang), kini Tan Sri Kadir Sheik Fadzir masih menjadi ahli Umno dan Jawatan terkini ialah selaku Bendahari Umno bahagian Kulim Bandar Baharu.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada tahun 1999 di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-empat Tun Mahathir Mohamad, serta jawatan sebagai Menteri Penerangan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-lima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata nya "Apabila DSAI masuk ke kampung dan apabila beliau bercakap dengan orang kampung beliau nampak natural... beliau tidak perlu tunjuk lagaknya atau main drama kata orang kampong... jadi beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat kampong... sebab itu jika beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri beliau akan menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat yang mempunyai sikap semulajadi nya yang suka mengambil berat tentang rakyat......Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat.... Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat..... dengan sikap beliau yang semulajadi".

Mengulas tentang keputusan Mahkamah yang membebaskan DSAI dari Tuduhan Liwat II, kata nya "agak mengejutkan dan bersejarah kerana beliau percaya  sebelum keputusan diumumkan,70 peratus DSAI yang juga ketua pembangkang itu akan dihumbankan ke penjara".

Dan ketika ditanya tentang kebebasan Badan Kehakiman yang dikatakan Bebas olek Media Arus Perdana dan kebanyakan Ahli Umno/Bn serta Perdana Menteri Datuk Hj Seri Najib, katanya "keputusan ini tidak cukup untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan, cuma Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak".

Rasanya wawancara Tan Seri  ini akan membuat orang Umno jadi panas macam cacing kepanasan, walaupun tidak membandingkan antara Datuk Seri Hj Najib dengan DSAI secara langsung... tetepi sebalik kata-kata beliau jelas membayangkan DSAI jauh lebih bagus cara Kepimpinan Politik yang semula jadi dan tidak berlakun drama macam Datuk Seri Hj Najib..... kah kah kah !!!.

Bukanya apa Tan Sri.... cara berpolitik Umno sudah ketinggalan Zaman atau pun cara Zaman Pra-Sejarah.... Zaman semasa letak calon katak dengan lembu pun Umno/Bn boleh menang.... atau pun memang Umno tak boleh berubah kerana Sejarah Kelahiran nya yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah hasil Persetubuhan Haram yang tak diketahui siapa Ibunya....
hemmmmm..... sepatut nya pemimpin umno sudah menjadikan pru 12, bersih 2.0 dan bebas anwar 901 sebagai pelajaran dan kepada pemimpin umno dan puak-puak umno terpilih yang bermasaalah, sudah boleh merancang dari sekarang kemana arah tujuan hendak berhijrah salapas pru13..... umno betul-betul meloyakan heeeeee.......

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.