Khamis, 5 April 2012
Pak Samad: Lebih 500,000 Akan Sertai BERSIH 3.0
Dianggarkan lebih 500 ribu rakyat dijangka akan menyertai himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini selain 32 buah negara di seluruh negara turut menganjurkan himpunan pada hari yang sama.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A.Samad Said sebagai mengambarkan ledakkan kebangkitan rakyat menuntut satu perubahan dalam sistem pilihanraya di negara ini.
Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini A.Samad Said yang mesra dengan panggila Pak Samad berkata, anggaran penglibatan rakyat itu berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.
“Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.
“Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak-tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir),” dipetik Harakah Daily.
Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.
“Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun,” tambahnya lagi.
Perhimpunan dengan tema ëDuduk dan Bantahí ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.
Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.
Terkesan dengan kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya.
Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa PSC yang dikemukakan di parlimen semalam, hanya memberi kelebihan kepada Umno-BN.
“Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan.
“Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul ‘duduk bantah’ secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang…ini adalah Bersih 3.0,” katanya.-Selangorku

0 orang berkata:
Post a Comment