Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NIK AZIZ KATA BERSIH 3.0 WAJIB, SO MACAM MANA ?

ESOK KHUTBAH HENTAM BERSIH 3.0... SAMA MACAM BERSIH 2.0



Kita lihat bagaimana sebelum Bersih 2.0 khutbah JAKIM berjudul "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan", tetapi pada esok (27 April 2012) sekali lagi khutbah yang seakan sama tajuknya  "Rapuh Iman Runtuh Perpaduan", dengan tidak menyebut secara langsung nama BERSIH 3.0 yang merupakan penganjurnya tetapi menghentam Pengerusi Bersih 3.0.

NONEIsinya sama seperti khutbah Bersih 2.0 dahulu yang akan menyebut tentang bahaya "musuh-musuh Islam" tetapi sedikit tambahan iaitu isu LGBT yang cuba dikaitkan dengan kisah di zaman Nabi Luth AS.

"Hari ini sekali lagi pihak-pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan yang terbina selama ini. Mereka cuba dengan pelbagai helah dan cara".
Khutbah yang dibacakan di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mendakwa perhimpunan BERSIH 3.0 haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".

Khutbah esok bakal menerangkan tentang bahaya LGBT yang dalam masa yang sama cuba dikaitkan dengan Pengerusi Bersih 3.0, Ambiga sambil mendakwa
bahawa pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan atas dasar menuntut hak dan kebebasan. 

Memasuki hari-hari terakhir sebelum perhimpunan besar sabtu ini, Pengerusi BERSIH 3.0 S Ambiga diserang hebat di media-media arus perdana dengan pelbagai isu khususnya isu LGBT.
nak baca teks khutbah boleh buat???... tapi esok tidur pulak bila khatib baca teks tue... mentang2 dah hafal...http://www.islam.gov.my/khutbah-online 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.