Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mau main wayang ?

Tunku Aziz bantah perhimpunan Bersih 3.0

April 26, 2012
 
KUALA LUMPUR, 26 April — Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Tunku Abdul Aziz (gambar) ketika berucap pada sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.

“Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.

“Siapa akan bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan berhenti rehat.

Tambahnya lagi, ini adalah prinsip peribadinya dan beliau telah pun menyuarakan pendapat tersebut kepada pucuk pimpinan partinya.

“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya lagi.

Tambah beliau, ada banyak lagi cara lain yang boleh digunakan selain mengadakan demonstrasi jalanan.

“Matlamat utamanya adalah untuk mengadakan tunjuk perasaan. Perlukah timbulnya isu lokasi demonstrasi tersebut? Pihak berkuasa sudah keluarkan kenyataan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) adalah pemilik Dataran Merdeka, saya rasa ia tidak bertanggungjawab jika kita menentang mereka.

“Kita menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang apabila berdemonstrasi. Sedangkan kita bakal memimpin negara. Kita ajar orang menentang undang-undang, ada sesetengah undang-undang yang tidak baik, tapi ada caranya, kita ada Parlimen ... sedangkan kita adalah wakil rakyat, di situ sudah  berlakunya pertentangan,” tambahnya lagi.

Jelas beliau, pihaknya tidak menentang hak untuk mengadakan perhimpunan, namun penganjur perlu mematuhi arahan pihak berkuasa kerana mereka merupakan pasukan keselamatan yang sah.

“Saya tidak menentang hak untuk berhimpun, sejak sekian lama saya sudah berjuang untuk hak asasi manusia.

“Maksud saya adalah, siapa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Polis ...  jika mereka nasihat supaya menukar lokasi, kita harus ikut, tapi mereka tentang polis, sedangkan polis adalah pihak berkuasa yang sah ...  saya tidak akan menyokong tindakan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya lagi.

Tunku Abdul Aziz bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapatnya pendapat serupa sepertinya di dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya tidak libatkan pihak lain. Ini adalah pendapat peribadi saya, kami mungkin satu organisasi, tapi tak bermakna kami abaikan pendapat masing-masing.

“Sesetengah perkara kami sokong, tapi ada sesetengahnya kami bantah,” tambahnya lagi. Bersih 3.0 dijangka akan tetap berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April ini walaupun DBKL telah memberi amaran mereka akan mengambil tindakan keras jika penganjur bertegas untuk mengadakan perhimpunan tersebut di dataran bersejarah berkenaan.

Malah, pihak DBKL juga sebelum ini telah mengemukakan lokasi di dua Stadium milik mereka di Cheras dan Titiwangsa, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebelum itu turut menawarkan Stadium Merdeka, dan Stadiun Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif bagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.

Penganjur Perhimpunan “Duduk Bantah” itu menjangkakan seramai 500,000 peserta akan menyertai perhimpunan tersebut di seluruh dunia dengan penyertaan 84 badan bukan kerajaan (NGO) lain bersama-sama mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.