Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, April 27, 2012

Tutup Dataran Merdeka? Nama Ahmad Fuad Ismail Di MPSJ Dulu Hancur Sekelip Mata!



Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail rupanya orang Kedah Darul Aman.

Beliau barangkali sampai ke Kuala Lumpur saat melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya, waktu mengaji Sejarah di sana.

Dari Kedah, beliau lanjut sampai ke Denver, Amerika Syarikat sana untuk mempelajari perhubungan awam di peringkat sarjana.

Secara spesifik, beliau memilih pengajian strategik antarabangsa.

Ini dapat kita korek dari laman web DBKL.

Sayangnya, Ahmad Fuad Ismail, meski lulusan sarjana perhubungan awam pengajian strategik antarabangsa dan berasal dari Kedah, gagal mempamerkan kemahiran perhubungan awamnya saat bersoal jawab dengan para wartawan.

Muka Umno-nya jelas terpamer.

Redup, tidak bercahaya dan pastikan tertekan.

Garis-garis halus pada dahinya menjadi bukti betapa tertekannya beliau.

Barangkali kerana kali pertama diamanahkan untuk bergelut dengan para aktivis Bersih, di samping anak mahasiswa yang duduk berkampung hanya selempar batu dari tangga pejabatnya.

Kita ucap tahniah berbakul kepada beliau di atas keberanian memikul amanah dari pemimpin tertinggi kerajaan itu.
Apabila pemimpin tidak dipilih oleh rakyat

Jadi begini; si Datuk Bandar ini kiranya ketualah di Kuala Lumpur ini.

Kita tidak jelas sebenarnya pilihanraya mana yang dia menang sehingga boleh jadi ketua di Kuala Lumpur.

Kita juga tidak tahu demokrasi jenis apa yang dipakai sehingga insan ini menjadi pemimpin agung ibu kota Malaysia ini.

Kali terakhir kita mengundi, semua kecuali satu daripada kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Seandainya Datuk Bandar Kuala Lumpur ini dipilih melalui pilihan raya yang demokratik oleh keseluruhan warga Kuala Lumpur berjumlah hampir 1.6 juta, maka pastilah Datuk Bandar akan lebih bertanggungjawab dalam memberi respon dan jawapan kepada pihak media berbanding mengambil sikap tidak peduli seperti yang kelihatan dalam tutur katanya.

Masalahnya ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab kepada penduduk Kuala Lumpur, tetapi hanya berjawab kepada memanda menteri Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah dan juga kepada susur galur pemerintah Umno yang bermaharajalela di Kuala Lumpur.

Disebabkan tidak dipilih melalui sistem demokrasi, tetapi dipilih oleh Putrajaya sebagai pesuruh, maka ia tidak punya rasa belas ehsan terhadap manusia dan masyarakat.

Apabila dia rasa orang datang bertandang di taman larangannya, maka boleh dihalau-halau sesuka hati.

Seperti seorang pesakit OCD ( Obsessive Compulsive Disorder) yang pantang harta bendanya diusik, dan aturannya diganggu, demikianlah sikap yang diperlihat Datuk Bandar Kuala Lumpur yang lantikannya itu turun dari langit Putrajaya dan bukan dari hasil undi masyarakat terbanyak.Datuk Bandar ugut, ancam rakyat

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Fuad telah mengugut untuk menghalang demonstran dengan kekerasan, jika perlu, daripada masuk ke kawasan Dataran Merdeka untuk acara duduk bantah Bersih 3.0 Sabtu ini.

(Macam budak kecil di tadika, kawal barang mainannya daripada diusik kawan-kawan lain – “Jangan pegang tau… Ni kami punyaaa…”)

Bukan sahaja itu, Datuk Bandar tambah menyebut bahawa kalau terjadi apa-apa kekecohan, salahkan Bersih.

Nada ini sama sahaja dengan nada Menteri Pengajian Tinggi yang 'amat disukai ramai', Khaled Nordin apabila berkicau tentang kejadian serangan ganas puluhan samseng ke atas anak mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tempoh hari.

“Jangan tagih simpati,” kata Khaled Nordin.

Yang si Datuk Bandar pula tidak mahu dipersalahkan kalau terjadi apa-apa, seolah-olah membayangkan memang ada sesuatu yang akan terjadi.

Rata-rata rakyat jelata yang pernah ke acara Bersih yang pertama, kedua dan hujung minggu ini yang ketiga jelas faham dan tahu betul bahawa tidak akan ada kekecohan yang berlaku sekiranya tunjuk rasa mereka itu tidak diganggu oleh agen-agen provokasi yang diatur oleh pihak-pihak yang sakit punggung dengan pergerakan menuntut pilihanraya yang adil ini.

Sama kesnya dengan kejadian sepak terajang anak mahasiswa tengah-tengah malam.

Mereka sekadar duduk di sana, tidak mengganggu sesiapa. Yang buat kacau adalah samseng yang ada kaitan dengan parti pemerintah.

Makhluk mana yang panas bontot dan mula menghantar laskar upahannya untuk bikin kecoh?

Sikap Datuk Bandar yang beriya menantikan wujud kekecohan ini harus kita ragui.

Adakah metod yang sama seperti yang telah dilakukan kepada peserta OccupyDataran akan dijalankan terhadap mereka yang akan turun pada hari Sabtu nanti?

Adakah setelah dihantar mereka itu untuk bikin kecoh, pihak yang menyuruh akan menyanyikan lagu ‘Kan aku dah cakap’ seperti kebiasaannya.

Jadi, elok kan kalau Datuk Bandar dipilih oleh rakyat…

Politik ketakutan dan politik kekerasan barangkali sudah tertulis dalam trait genetik para orang Umno dan penyokongnya. Datuk Bandar yang dilihat ramai sebagai pesuruh Umno juga barangkali tidak terkecuali.

Dari pejabatnya di menara tinggi menghadap Dataran Merdeka itu, mungkin ada perancangan-perancangan nakal untuk membuktikan ketokohan dan kepimpinannya sebagai Datuk Bandar yang berkaliber dan disegani, berbanding Menteri Dalam Negeri yang jelas tidak lagi melawan bahkan membiarkan perhimpunan itu berjalan.

Warga Kuala Lumpur seharusnya diberikan hak untuk memilih Datuk Bandar, seperti yang ditegaskan oleh Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Baginya, apabila tidak ada Datuk Bandar yang responsif terhadap warganya, maka habis kesemua Ahli Parlimen kawasan-kawasan Kuala Lumpur akhirnya menjadi super-councillors, menyelesaikan masalah parit longkang dan jalan berlubang warga kota tanpa sebarang kuasa seperti kerajaan negeri untuk memajukan ‘negeri’ Kuala Lumpur.

Jika dilihat hari ini, Datuk Bandar buat apa?

Pasang pagar di Dataran Merdeka?

Ugut rakyat?

Cuba jadi lebih Umno dari Umno?

Duduk Bantah Kuala Lumpur lah.

Tetapi yang paling penting, nama baik yang dibina selama tujuh tahun sebagai Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) musnah hanya dalam sekelip mata, apabila sudah bersekongkol dengan paksi kejahatan manusia durjana bernama Najib Altantuya!
Jalan Pulang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.