Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimin


 Kaherah
21.4.12

Kunjungan EXCO Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan Tinggi ke Mesir sudah lama ditunggu oleh para pelajar Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Bagi kunjungan kali ke 2 setelah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, beliau telah membawa bersama wakil Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor yang diketuai oleh Penasihatnya Ustaz Fauzan dan Pengerusinya Akram Ikrami bin Taib Azamuden yang juga merupakan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).
 Selain daripada bertujuan meninjau keadaan pelajar dan menyumbang RM20ribu kepada BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR Mesir dan memberi motivasi IMTIHAN kepada pelajar yang 'exam fever' samada daripada jurusan agama mahupun perubatan dan kesihatan, YB Dr Halimah dan rombongan juga mengambil kesempatan menjejaki ilmuwan tersohor yang telah mengamalkan ilmu mereka sehingga hembusan nafas terakhir seperti AL MARHUM IMAM SHAFIE DAN SYAHID IMAM HASAN AL BANNA.Ini sesuai dengan dasar PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang telah dilancar oleh YAB MB Selangor Julai 2008.
 Kesempatan untuk mengadakan kunjung hormat kepada Ikhwan Muslimin yang diakui dunia sebagai contoh gerakan utuh yang jelas berjaya menongkah arus , merentasi belantara dan di pukul badai namun akhirnya alhamdulillah dengan iltizam, istiqomah dan silah serta ukhuwwah yang dipraktikkan secara sistematik dan sedar dan semangat jihad maksima mereka sudah menghampiri puncak kejayaan.

Peluang bertemu dan berbincang serta mendengar nasihat dan pesanan daripa kedua-dua NAIB MURSYIDUL AM    (1 dan 2) Ikhwanul Muslimin adalah peluang yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mentakdirkan. Tidak sia sia doa minta dipertemukan dengan orang baik dan soleh.Alhamdulillah. Masyaallah.
 Dalam kerancakan berbual, azan dikumandangkan, maka kami hentikan perbualan dan semua yang hadir solat bersama dengan Naib Mursyidul Am. Selesai solat kami sambung semula.
Antara pesanan dan juga jawapan kepada orang muda dan khususnya mahasiswa sangat membanggakan dan mengkagumkan kerana bersifat praktikal dan kontemporari.
Tidak ada syak mereka sesuai mengemudikan Mesir.
Mahasiswa katanya perlu menekankan tumpuan kepada pelajaran, cari ilmu, kita perlu perlbagai jenis ilmu dan kemahiran. Kita perlu bukan sahaja ilmu ukhrawi malah mesti dikembarkan dengan ilmu duniawi untuk melayakkan diri mengurustadbir bumi.


Maka sudah je;las bagi mereka yang mahu berjuang tidak ada alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Jangan buat helah mahu 'beribadah' sahaja sedangkan strategi perjuangan jemaah yang diagungkan mempunyai tasawwur yang jelas dan berbeza dengan yang ditanggapi.

Dr Halimah dan Naib Mursyidul Am 1

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.