Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Diterbitkan oleh: Editor@WD
Khamis, April 26, 2012
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

Hishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar. -Malaysiakini.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.