Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETIAP MANUSIA TETAP MENGHADAPI UJIAN


Bersih 3.0 ujian bagi transformasi politik Najib

Written By admin on April 26, 2012 | 4/26/2012 07:25:00 PM

KUALA LUMPUR 25 APRIL – Perhimpunan Bersih 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April ini merupakan satu ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia negara “demokrasi yang terbaik di dunia.”

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mengatakan bahawa untuk membuktikan kesungguhannya, Najib perlu membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan dihadiri oleh rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia, selain menarik balik pengharaman terhadap BERSIH.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap BERSIH yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa BERSIH sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa BERSIH 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.”

Menurut Kit Siang, perkara ini adalah penting memandangkan sejak tujuh bulan yang lalu kerajaan Najib dilihat cuba memperbetulkan kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, pengendalian kerajaan terhadap perhimpunan yang lalu jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan apabila BERSIH diharamkan, ahli-ahli PSM ditahan di bawah Ordinan Darurat tanpa asas yang jelas, dan penahanan sembarangan ke atas orang ramai yang memakai baju-T BERSIH 2.0 atau yang memakai pakaian berwarna kuning.

Selain itu, Kit Siang turut meminta Najib memenuhi janji yang dibuat sewaktu menyampaikan mesej Hari Malaysia pada 16 September tahun lalu, iaitu untuk melakukan transformasi politik dengan memansuhkan undang-undang drakonian dan tidak demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membatalkan empat Pengisytiharan Darurat.

Kit Siang turut mengingatkan Najib agar tidak menggantikan undang-undang drakonian yang lama dengan undang-undang zalim yang lain dalam bentuk yang baru.

“Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah kehadapan, dua langkah kebelakang”, sama ada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.”

Dalam kenyataan berkenaan Kit Siang turut mengumumkan bahawa beliau akan hadir dalam perhimpunan “Duduk Bantah” pada Sabtu 28 April ini dan mengajak semua rakyat Malaysia yang patriotik untuk beramai-ramai menyertai perhimpunan tersebut bagi “menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya “bersih” sebagai prasyarat untuk “Malaysia Yang bersih.” roketkini.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.