Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CADANG GUGUR PERKATAAN KEBANGSAAN KERANA NABI TAK AKUI UMATNYA


12 Mei, 2012

Ibrahim Ali Gila Talak.. Baca Kenyataannya

Ibrahim Ali makin menggila.. sebelum Ibrahim Ali cadangkan untuk gugurkan nama Islam dalam parti PAS. Apakata Ibrahim Ali suruh United Malays National Organisation (Umno) gugurkan nama Melayu dalam parti  United Malays National Organisation (Umno). Memandangkan   United Malays National Organisation (Umno) bukannya memperjuangkan bangsa Melayu tetapi memperjuangkan kroni-kroninya sahaja. Buktinya.. dimana orang Melayu setelah 55 tahun negara merdeka. Ramai yang masih merempat, jauh sekali untuk menguasai 30% ekuiti bumiputra..  

Perkasa cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam dalam PAS
PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di sini malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.
Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.
“Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera,” katanya.

Menyeleweng jauh

Beliau berkata ini menunjukkan Pas telah menyeleweng jauh dari Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam.
Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas dalam pada itu berkata beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu, terutama berkaitan pembelian tanah yang melibatkan pemimpin parti itu.
“Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian,” katanya.
Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika anggotanya mencecah 100,000 orang.
Antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ~bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.