Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CAP HORAS TAK SESUAI

Jumaat, 18 Mei 2012

Hanif Omar tak boleh dakwa wibawanya

Haji Subky Abdul Latif

Saya mengenali Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara dari jauh dan menghormatinya. Ada lebihnya dari lain-lain KPN. 

Tetapi saya kira dia tidak sesuai mengepalai siasatan bebas tentang pertentangan Bersih 3.0 dan polis. Dia orang terbaik dari lain-lain polis untuk menganggota badan itu.

Mungkin dia betul-betul adil bagai yang dihajati. Sebagaimana adil sekali pun katakanlah badan itu nanti didapati menyebelah polis, maka payah bagi masyarakat umum untuk menerimanya.

Hanif mungkin benar-benar jujur bila dia menyatakan dia  akan bersikap adil dan jujur untuk mengendalikan  siasatan itu, tetapi Hanif tidak boleh mendakwa dia punya wibawa yang cukup untuk berlaku adil.

Sebaik mana seseorang yang bukan nabi dia tidak boleh mendakwa dia terbaik bagi melakukan apa-apa pekerjaan. Baik dan tidak baiknya, hanya ditentukan oleh pengamatan orang lain.

Manusia yang paling tinggi iman dan tahap takwanya, nilai timbangan imannya adalah lebih berat dari sekalian orang mukmin yang bukan nabi sepanjang zaman ialah Saidina Abu Bakar Siddiq. Apabila beliau diamanahkan menjadi khalifah yang bertama, pengumumannya ialah dia bukanlah orang yang terbaik untuk jawatan khalifah itu.

Umar al-Khatab adalah manusia — umat Nabi Muhamad SAW — paling adil. Sabda Nabi SAW, kiranya ada nabi lagi selepas baginda, dia adalah Umar r.a. Ketika kahlifah itu mengangkat sumpah memegang jawatan khalifah, katanya kepada rakyat, sokong aku kiranya aku betul, betulkan aku kiranya aku salah.

Mereka tidak mendakwa mereka layak  memegang jawatan itu sekali pun wibawa mereka diperakui Nabi SAW.

Sekali pun Hanif layak dan kompiten mengendalikan siasatan itu, maka terpaksa menempuh cabaran yang terlalu besar. Dia kena buktikan sedikit habuk pun tidak berminat kepada polis setelah meninggalkan perkhidmatan itu. Dia kena yakinkan seluruh masyarakat bahawa dia layak untuk mengepalai siasatan itu.

Keyakinan dirinya  tidak cukup. Yang penting adalah menerimaan umum.
Dalam sistem keadilan, yang didakwa boleh menolak mana-mana hakim yang dirasakan tidak dapat berlaku adil terhadapnya sekali pun hakim itu terkenal adil. Jika kejaksaan paksa juga hakim itu mengadilinya, yang didakwa mengiranya itulah hakim beruk untuknya.

Mahkamah ada wibawa menerima saksi yang adil. Anak beranak payah diterima sebagai saksi yang adil. Musuh tidak layak menjadi saksi yang adil. Dalam  Islam pula yang berdosa besar dan yang mengekalkan dosa kecil tiada kelayakan menjadi saksi. Orang-orang yang tidak layak menjadi saksi ini takut menjadi saksi ke lutut.

Tiada wibawa bagi mana-mana keputusan mahkamah kiranya ia berhakimkan beruk  dan bersaksi ke lutut. Hanif boleh jadi adil dan benar-benar mahu menjadi adil, tetapi mahkamah yang dia terlibat adalah terlalu dekat dengan gaung yang mudah bertemu hakim beruk dan saksi ke lutut.

Rumusan badan siasatan itu bukan saja mesti adil tetapi ia mesti dilihat adil. Ada keputusan yang adil tetapi tidak dilihat adil, dan ada pula yang tidak adil tetapi dilihat adil. Kedua-duanya menyebabkan yang dicari tak dapat.

Masyarakat umum hanya dapat menerima rumusuan penyasatan Hanif itu kiranya dia tidak memihak kepada polis. Jika dia berpihak kepada Bersih 3.0, maka ia diterima. Tetapi kiranya keputusan itu nanti ia berpihak kepada polis, walaupun dia betul-betul adil, masyarakat umum tidak akan menerimanya.

Maka apa untungnya kita berbelanja besar bagi mengadakan penyiasatan itu dan memberi banyak masa yang berharga untuknya, tiba-tiba keputusannya nanti sama saja dengan tiada penyiasatan? Akhirnya kita penat dan membuat duit saja.

Pemilihan Hanif itu tidak sesuai seperti kata Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi dan  ahli Majlis Tertinggi Umno. Bukan saja usaha membentuk badan penyiasatan itu tidak dapat yang dihendaki, tetapi ia boleh menjadi Hanif sebagai objek korban baru.

Elok Hanif menjalani hidup aman selepas bersama KPN, tapi dengan menjadikannya pengerusi badan itu, dia bakal menjadi objek lastik orang tidak percaya kepada kerajaan dan pimpinannya. Mengapa Hanif sedia menjadi sasaran peluru lastik?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.