MUFLIS KERANA SALAH URUS DAN TERLALU BANYAK RASUAH
Debat sudah berlalu, penilaian ikut pengetahuan masing-masing, mereka yang tahu bagaimana wang negara diurus dan dibelanjakan sudah tentu memilih hujah Rafizi daripada PR
Khairy juga berdebat dengan baik namun fakta tidak menepati hajat sebenar kerana hujahnya berlandaskan perbelanjaan atas kertas bukan amalan amali yang dilaksanakan oleh kerajaannya,
Kita sering mendengar jika sesuatu projek itu bernilai RM 5 juta maka akhirnya akan menjadi RM 7 ke RM 10 juta atau projek RM 5 juta tapi sebenarnya RM 3 juta sahaja, bayangkan jika semua kementerian berlaku demikian, hinggakan bayar gajipun meminjam Bank,KWSP, Tabung Haji dan sebagainya
Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga
23 Mei 2012
SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.
“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.
“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.
Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.
“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.
“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.
Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.

0 orang berkata:
Post a Comment