Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HALA MAAAK !

Thursday, May 3, 2012

BERSEH- Doa ulama ahlul bayt untuk Malaysia

Saya tidak terkejut bila ada ahli politik yang mengangkat dirinya sebagai "ulama" menyokong BERSEH. Seperti kata Habib Umar semasa Maulid Nabi sebelum kejadian BERSEH -di akhir zaman ada orang yang mengingatkan pasal Ugama tapi rupanya berharap untuk kemasyuran dirinya, organisasinya dan party politiknya.

Polis sentiasa memuliakan ulama ahlul bayt  Habib Umar -singa ugama Islam


Hikmahnya kita sekarang tahu siapa ulama suk sehingga mengeluarkat fatwa salah "mewajibkan" BERSEH (ulama rosak seperti riwayat Nabi 1400 tahun dulu dalam Hadis ) dan siapa ulama sebenar.

Mari kita lihat ulama sebenar dan apa harapannya ke atas rakyat Malaysia. Doa Habib yang saya kongsikan untuk rakan rakan

INGATLAH PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.....:-)

Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya baru2 ini di Negara Malaysia,bersama2lah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.
...
Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?"
"Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w.. Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w."

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau,
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".
 "

Atas sebab itu , Allah maseh memelihara Malaysia dari sebarang kerosakan di tangan tangan agen dajjal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.