Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ini juanda dah lama cari pasal !

Tuesday, May 15

TERKINI: Berita Harian dah tibai Mufti Perlis pulak...



SOALAN wartawan Berita Harian dan jawapan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melalui SMS, hari ini. - Foto Yusni Ariffin

Penjelasan Mengenai Kenyataan Mufti Perlis

Penjelasan Mengenai Kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya Kepada Portal Berita Malaysiakini.

MERUJUK kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kepada portal berita Malaysiakini mengenai kenyataannya bertajuk 'Sokong Syor Muzakarah Parti Guna Nama Islam’ yang disiarkan pada hari ini, Berita Harian ingin membuat penjelasan bahawa kenyataan beliau sebenarnya tidak disalah lapor.

Dakwaan Dr Juanda bahawa kenyataan beliau ‘diterbalikkan’ seperti yang dilaporkan Malaysiakini hari ini di bawah tajuk ‘Nama Islam: Mufti kecewa akhbar terbalikkan kenyataan’, boleh mengelirukan pembaca seolah-olah Berita Harian tidak membuat laporan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau dipetik sebagai berkata: “Laporan Berita Harian yang menyebut beliau bersetuju dengan cadangan itu sepatutnya menyebut beliau menyerahkan hal itu kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dulu berdasarkan kekananannya dalam MFK.”

Bagaimanapun, Dr Juanda tidak membuat permintaan khusus kepada wartawan Berita Harian supaya jawapan soalan pertama itu didahulukan dalam artikel berkenaan.

Oleh itu wartawan Berita Harian menulis artikel berkenaan mengikut keutamaan nilai berita (news value) berdasarkan isu dan soalan yang dikemukakan kepada beliau.

Sehubungan itu, Berita Harian amat kesal dengan kenyataan Dr Juanda yang melemparkan perkataan kesat dengan mendakwa wartawan berkenaan ‘perangai hodoh’.
Berikut adalah petikan penuh SMS antara wartawan Berita Harian dan Dr Juanda pada 14 Mei 2012.

Wartawan: akum dr juanda..zana dari berita harian..saya nak tya komen dr mengenai saranan ngo supaya perkataan Islam digugurkan dari PAS kerana mufti perak tegaskan perjuangan parti itu sudah menyeleweng dan menyalah gunakan Islam utk kepentingan politik..really appreciate ur comment dr..tq..

Dr Juanda: Wsm. Saya srahkn kpd kbijksnaan TanSri H dlm hal ini mmndngkn dia adlh ahli paling senior, pling arif dlm hal ini n byk enggagement dgn Pas. Hal ini cukup bagus

Wartawan: Dr..adakah dr bersetuju dgn pendapat tan sri harussani supaya hal menggugurkan perkataan islam dari PAS ini dibawa ke muzakarah fatwa?

Dr Juanda: Amat setuju dan semua organisasi yg bawa nama Islam juga wajar dikaji jika ddapati mrk mencemarkan nama Islam mlalui orgnsasi mrk. Byk salahguna nama Islam skrg

Wartawan: Adakah dr merasakan perjuangan PAS sememangnya sudah menyeleweng dari matlamat asal menegakkan Islam dan apa saranan dr kepada pemimpin mereka? (Tidak menjawab SMS). -
Pengarang BH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.