Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANJI JAWAB ! BENAR SATAU SALAH BELAKANG KIRA

Mohd Ali dakwa sms berbaur fitnah didalangi pembangkang

24 Mei 2012
Mohd Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
 
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Hassan Abdul Rahman didalangi pembangkang.
  
"Saya percaya yang mulakan SMS ini daripada pembangkang, mereka ini biasa dengan kerja-kerja kotor," dakwanya.
  
Beliau berkata pihak pembangkang telah kehabisan modal sehingga sanggup memburukkan Adun daripada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.
  
Mohd Ali berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penyebaran SMS berunsur hasutan dan perkauman yang mula tersebar pada Selasa lalu, selepas majlis penyerahan kontinjen negeri Melaka kepada bapa angkat pasukan itu sempena Sukan Malaysia (Sukma) di sini, hari ini.
  
Pada majlis itu, Adun Kemayan, Pahang Mohd Fadil Osman dipilih bapa angkat kepada kontinjen negeri Melaka.

Pada Selasa lepas, sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di Melaka membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS tersebut yang mendakwa Hassan melakukan tindakan tidak bermoral dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum India ketika menghadiri perhimpunan aman menghalang kedatangan pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga bagi mempromosikan Bersih di Merlimau pada Sabtu lepas.

  
Sementara itu, Mohd Ali berkata Melaka tidak menaruh harapan tinggi pada Sukma ke-15 di Pahang mulai 7 hingga 16 Julai depan dengan hanya mensasarkan 20 pingat emas menerusi sukan tradisi negeri itu seperti wushu, menembak dan acara berbasikal.
  
Justeru beliau menggesa persatuan-persatuan sukan di Melaka mempertingkatkan usaha mengesan bakat baru terutama pelajar sekolah untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.