Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAKSANAKAN ISLAM DULU KEMUDIAN BARU AJAK MUZAKARAH

HANYA ORANG GILER JE NAK MUZAKARAH DENGAN UMNO..HAHAHA



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya kepada Bernama, “Saya menyokong penuh idea bermuzakarah ini kerana ia diunjurkan Islam dan ia juga akan memberi impak positif kepada perpaduan Islam,”

Namun beliau juga kecewa dengan sikap PAS yang belum pun memulakan perbincangan telah meletakkan pelbagai syarat yang dilihat hanya akan menguntungkan parti itu dan menghukum seseorang itu tidak ikhlas.

“Pertamanya saya puji Umno sebab Umno terima cadangan untuk  bermuzakarah dan saya puji PAS kerana mahu bermuzakarah. Tetapi saya kecewa, ada pemimpin tertinggi PAS boleh bermuzakarah, berbincang dengan ahli syiah tetapi tidak mahu bermuzakarah dengan ahli Sunnah wal Jamaah dengan alasan mereka melakukan maksiat.

“Adakah kalian tidak melakukan maksiat? Belum lagi bermuzakarah mereka dah bersangka buruk, baik tak payah keluarkan cadangan. Ini untuk apa? Adakah ia untuk retorik politik? Saya sungguh sedih dan kecewa,” katanya.

Beliau tidak menolak bahawa muzakarah perlukan syarat dan syaratnya mestilah tidak dilihat demi kepentingan sebelah pihak atau sesebuah parti.

“Ingatlah, muzakarah ini bukan untuk menang, bukan untuk mencari keburukan, kena ada akhlak yang baik dan sanggup menerima kebenaran. Lantiklah moderator dalam kalangan ahli ilmu supaya perbincangan ini akan mendapat hasil keputusan yang baik,” tambahnya.

Perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sekarang perlu dilihat secara serius kerana ia boleh mendorong pihak lain mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keruh.

Oleh itu, banyak dalam kalangan orang awam berpendapat PAS wajib bermuzakarah dengan Umno demi masa depan, kuasa politik orang Melayu dan perpaduan orang Melayu serta bersama-sama memartabatkan agama Islam.

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di laman blognya, berkata umat Islam tidak perlu bersaing untuk 'menunjukkan kehebatan dan kekuatan' dalam perkara politik yang membawa perpecahan.

“Biarlah kita bersaing dalam perkara yang membawa kebaikan seperti kekuatan ekonomi, pendidikan dan mengembalikan semangat jihad.

“PAS dan Umno perlu membuang prasangka buruk antara satu sama lain. Sekarang ini adalah masa bekerja untuk Islam. Berpolitiklah secara matang, buat perancangan dan rangka strategi dan lupakanlah yang lain-lain, termasuk dendam kesumat,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Nakhaie Ahmad pula berkata beliau yakin dalam kalangan pemimpin PAS, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar mahu bermuzakarah dengan Umno manakala pemimpin yang lain dilihat cuba memberikan kenyataan bercanggah bertujuan untuk menggagalkan usaha itu.

Katanya selain kenyataan bercanggah, meletakkan syarat seperti Umno perlu ubah perlembagaan partinya juga dibuat supaya usaha bermuzakarah itu gagal dilaksanakan.“Saya rasa Umno tak perlu layan. Dah berapa lama dah PAS ajak muzakarah, tetapi tak pernah terjadi. Lagipun PAS bukannya bersungguh-sungguh nak bermuzakarah dan ia dikeluarkan semula kerana sudah kehabisan modal,” kata Pengerusi Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global itu kepada Bernama. —

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.