Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALANG SUNGGUH RAKYAT PILIH DIA

17 Mei, 2012

Rupa - Rupanya Adun BN Nih Masih Tak Tahu Isu Lynas

Dalam Addin 'blogwalking' kat alam maya sambil membuat tugasan. Terjumpalah satu artikel yang membuatkan Addin termenung.. macam nih ke tahap pemikiran seorang Adun BN yang kononnya berkelulusan undang-undang. Apa yang di ungkapkan sungguh memalukan bagi seorang Adun yang berkelulusan undang-undang. Di mana keluhuran undang-undang dan profesionalisma seorang pengamal undang-undang jika hanya menyokong aspirasi kerajaan yang memerintah walaupun kerajaan tersebut telah melanggar norma-norma.

Ini yang dicadangkan oleh Adun BN Kuala Sentul, Shahaniza Shamsuddin (gambar) supaya peguam yang tidak menyokong aspirasi kerajaan di gugurkan.

Manakala dalam isu Lynas pula, Adun nih membuat tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat dan NGO berkaitan  menyebarkan fitnah loji Lynas adalah loji nuklear. Apsal lah nak belit-belit Adun BN nih, kami kata loji Lynas tu menghasilkan radoaktif dari proses nadir buminya.

Sisa radioaktif itu nanti akan menjadi masalah kepada alam sekitar. Sungguh sedih.. Adun BN sendiri masih tak faham permasalahan tentang isu Lynas nih, apa kerja dia orang buat nih?
Gugurkan Peguam Tak Profesional

KUANTAN - Kerajaan Negeri didesak menilai semula perkhidmatan peguam yang dilantik untuk agensi kerajaan dan menggugurkan mereka yang dilihat tidak menyokong kerajaan daripada menjadi panel.
Desakan itu dilakukan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) ketika perbahasan usul dalam Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-12 di sini, semalam.
Beliau membuat usul tersebut berikutan tindakan Majlis Peguam yang dilihat sudah terkeluar daripada fungsinya sebenar dan tidak bersikap profesional.
"Malah ketika mesyuarat agung luar biasa (EGM) majlis itu tidak menggambarkan pendirian sebenar peguam di negara itu berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang menyalahkan pihak polis seratus-peratus
"Ia bukan suara sebenar ahli dan sebagai bekas ahli majlis selama 14 tahun, hari ini, majlis itu dilihat mengabaikan kebajikan ahlinya," katanya.
Menurutnya, mereka yang tidak bersikap profesional dan rasional perlu digugurkan daripada panel tersebut dan digantikan dengan mereka yang menyokong aspirasi kerajaan.
Dalam masa sama, Shahniza juga mengulas isu Lynas yang digembar-gemburkan dan dimanipulasikan oleh pembangkang dan kumpulan anti Lynas dengan 23 pertuduhan dan 16 auta yang dilemparkan berikutan ramai yang terpengaruh.
Shahniza membentangkan 3 auta yang dilemparkan kumpulan terbabit dan memberitahu fakta sebenar
"Auta yang pertama iaitu kononnya kilang Lynas adalah kilang nuklear sebaliknya ia adalah kilang biasa. Mereka juga kata sisa buangan akan mencemarkan air namun sebenarnya ia tidak akan menjejaskan sumber dan hidupan air seperti ikan.
"Dakwaan pakar mereka yang menyatakan kilang itu bahaya bertentangan dengan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) yang menganggap kilang itu selamat," katanya.
Beliau juga sempat meminta penjelasan daripada Syed Tuan Mohammed Tuan Lonnik (Pas-Beserah) berhubung pendiriannya mengenai isu tersebut namun tidak dijawab sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob (BN-Pelangai) berseloroh menyatakan sikap diam Adun tersebut tandanya bersetuju.
Shahniza juga meminta kerajaan supaya menghukum mereka yang menyokong penganjuran perhimpunan tersebut dan bukan penganjurnya saja.
Namun Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mencelah penganjuran itu dilakukan adalah sebahagian daripada demokrasi yang diamalkan negara dan tidak bersetuju dengan tindakan polis terhadap peserta.
Kenyataan itu dibalas kembali Adnan dengan berkata Kerajaan Negeri telah berulang kali membenarkan penganjuran perhimpunan b dengan syarat tidak menimbulkan kacau-bilau
"Seperti perhimpunan yang berlangsung di sini baru-baru ini, hanya 3,400 saja yang datang bukan 10,000 ataupun 30,000 dan sebab itu Kerajaan Persekutuan galakkan ia dibuat dalam stadium bukan di padang.
"Polis di negara ini adalah yang paling baik dan bukan seperti di luar negara yang bertindak lebih kasar mencederakan orang ramai ketika bertugas," katanya. ~sinarharian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.